Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ Perkenal ‘Verts’ – Suapan Video Menegak Seakan Tiktok

Disney+ Perkenal ‘Verts’ – Suapan Video Menegak Seakan Tiktok

Diterbitkan Mac 13, 2026 ยท Dikemas kini Mac 13, 2026 oleh Amalina Athman

Disney+ kini memperkenalkan ciri baharu bagi memudahkan pengguna menemui kandungan dalam aplikasinya.

Bermula minggu ini, pengguna di Amerika Syarikat akan melihat satu suapan video menegak dinamakan Verts. Seakan TikTok, ciri ini membolehkan pengguna meleret secara menegak untuk menonton klip pendek daripada pelbagai filem dan rancangan TV yang tersedia di Disney+.

Pengguna boleh mengakses suapan (feed) tersebut melalui ikon Verts pada bar navigasi aplikasi. Ketika meleret melalui klip yang dipaparkan, pengguna juga boleh terus menambah rancangan ke dalam ‘Watchlist’ atau membuka terus filem dan siri berkenaan untuk mula menonton.

Disney+ Perkenal ‘Verts’ – Suapan Video Menegak Seakan Tiktok

Menurut Disney+, ciri ini diperkenalkan bagi membantu pengguna mencari tontonan seterusnya dengan lebih cepat, selain memudahkan penerokaan katalog kandungan platform itu yang merangkumi lebih 100 tahun penceritaan.

 

Melangkah ke hadapan, Disney turut merancang untuk memperluaskan ciri tersebut dengan pelbagai format penceritaan dan jenis kandungan lain, termasuk pengalaman yang lebih diperibadikan kepada pengguna.

Disney+ bukanlah platform penstriman pertama yang memperkenalkan format video menegak. Sebelum ini, Netflix turut melancarkan suapan video menegak yang membolehkan pengguna menatal klip pendek daripada kandungan platform itu.

Berkaitan

  • Netflix Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah
  • Disney+ Di Malaysia Naik Harga Bermula 18 Disember
  • Disney Labur $1 Bilion Dalam OpenAI - Lebih 200 Watak Kelak Boleh Diguna Dalam Sora
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • Netflix Bakal Perkenal Antara Muka Baharu Untuk Aplikasi Mudah Alih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY