Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Astro Perkenal Pakej Penstriman Lebih Jimat – Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan

Posted on Jun 23, 2026Jun 23, 2026

Astro hari ini mengumumkan beberapa penawaran baharu yang memfokuskan kepada pakej penstriman lebih mampu milik, selain memperkenalkan saluran baharu khas untuk peminat kandungan Korea.

Pakej Disney+ dan Prime Video

Bermula hari ini, pelanggan Astro boleh melanggan pakej Disney+ Basic dan Prime Video pada harga RM25 sebulan, tidak termasuk SST. Pakej tersebut turut disertakan dengan Pek Blockbuster Astro yang merangkumi empat saluran Filem & Hiburan iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415).

Bagi pengguna yang hanya mahukan langganan Prime Video, Astro turut menawarkan pakej berasingan pada harga RM15 sebulan. Langganan itu juga didatangkan bersama Pek Blockbuster.

Tawaran bagi kedua-dua pakej ini dibuka sehingga 14 Ogos 2026.

Pakej WeTV dan Viu Duo

Selain kandungan Hollywood, Astro turut memperkenalkan pakej WeTV dan Viu Premium dalam satu langganan pada harga RM15 sebulan.

Tawaran yang sah sehingga 4 September 2026 itu memberikan akses kepada pelbagai drama Cina, siri Korea, drama Melayu, rancangan variasi serta kandungan eksklusif daripada kedua-dua platform.

Saluran Astro Daebak

Dalam pada itu, Astro turut mengumumkan pelancaran Astro Daebak (CH 393) bermula 1 Julai 2026. Saluran yang dikuasakan oleh tvN itu akan memfokuskan kepada drama dan rancangan variasi Korea, sekali gus menambah pilihan kandungan Korea yang ditawarkan kepada pelanggan Astro.

Menurut Astro, Astro Daebak akan ditawarkan kepada semua pelanggan Astro dan melengkapkan penawaran kandungan Korea sedia ada yang turut merangkumi saluran tvN, tvN Movies, KBS World dan K-Plus. Saluran baharu ini juga diperkenalkan susulan penamatan operasi global saluran ONE HD.

Semua tawaran tersebut boleh dinikmati melalui Pek Astro One yang bermula serendah RM49.99 sebulan. Pelanggan baharu boleh membuat langganan menerusi Astro, manakala pelanggan sedia ada boleh menambah pakej berkenaan melalui aplikasi atau laman web My Astro.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress