Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+_featured image

Disney+ Akan Halang Perkongsian Kata Laluan Mulai Jun

Diterbitkan April 5, 2024 ยท Dikemas kini April 5, 2024 oleh Amalina Athman

Disney+ kini mengesahkan akan menghalang perkongsian akaun atau kata laluan bermula Jun 2024.

Berkaitan

  • Disney+ Akan Halang Perkongsian Akaun Di Amerika
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Disney+ Hotstar Perkenal Pelan Baharu, Langganan Sedia Ada Naik Harga

CEO Disney, Bob Iger berkata sekatan perkongsian kata laluan akan bermula di beberapa negara dalam beberapa pasaran, sebelum ia diperluaskan kepada semua pengguna pada September nanti.

Peraturan anti-perkongsian kata laluan Disney pada awalnya berkuat kuasa untuk pelanggan baharu sejak 25 Januari dan telah dilancarkan kepada ahli sedia ada di Amerika Syarikat pada 14 Mac.

Dalam panggilan kewangan pada Februari, CFO Disney Hugh Johnston telah mengesahkan pengguna akaun Disney+ “yang disyaki perkongsian tidak wajar” akan melihat pilihan untuk mendaftar langganan mereka sendiri.

Disney juga akan membenarkan pemegang akaun menambah pengguna di luar isi rumah dengan yuran tambahan, tetapi belum lagi diperincikan sebarang butiran mengenai caj tersebut.

Terdahulu, Netflix menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang membanteras perkongsian kata laluan pada tahun 2023, dengan mengenakan bayaran tambahan RM13/bulan untuk ahli tambahan di luar rumah pemilik akaun.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY