Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+_featured image

Disney+ Akan Halang Perkongsian Akaun Di Amerika

Diterbitkan Februari 8, 2024 · Dikemas kini Februari 8, 2024 oleh Amalina Athman

Mengikut jejak Netflix, platform penstriman Disney+ akan mula menghalang perkongsian akaun bagi pengguna di Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • Disney+ Akan Mula Sekat Perkongsian Akaun Pada November

Memetik The Verge, syarikat itu telah menghantar e-mel kepada pengguna di AS mengenai perubahan terma perkhidmatan Disney+.

Seperti Hulu, perubahan itu sudah pun berkuat kuasa untuk pelanggan baharu. Sementara pelanggan sedia ada boleh menjangkakan sekatan perkongsian akaun bermula 14 Mac 2024.

We’re adding limitations on sharing your account outside of your household, and explaining how we may assess your compliance with these limitations,

Dalam pada itu, CFO Disney Hugh Johnston dalam panggilan kewangan berkata akaun Disney+ “yang disyaki perkongsian tidak wajar” akan melihat pilihan untuk mendaftar langganan mereka sendiri.

Sama seperti Netflix, Disney juga akan membenarkan pemegang akaun menambah pengguna di luar isi rumah dengan yuran tambahan. Bagaimanapun, belum dinyatakan kos yang akan dikenakan untuk perkongsian berbayar itu.

Berbalik kepada konteks, perubahan itu hanya dilaksanakan kepada pengguna di Kanada dan Amerika Syarikat. Dapat dijangkakan pengguna di pasaran lain, termasuk Malaysia dengan Disney+ Hotstar – akan menerima nasib yang sama tidak lama lagi.

Sumber: The Verge (1,2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY