Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor magic6 pro magic portal-2

Dilengkapi Teknologi Dolby Vision®, Skrin HONOR Magic6 Pro Raih Markah Tertinggi

Diterbitkan April 13, 2024 oleh ariff bukhari

Telefon pintar flagship terbaru HONOR, HONOR Magic6 Pro telah berjaya mencatatkan markah tertinggi dalam kategori Paparan DXOMARK dengan meraih sebanyak 157 mata.

Dilengkapi dengan teknologi Dolby Vision®, skrin HONOR Magic6 Pro berupaya memberikan pengalaman tontonan terbaik menerusi paparan warna yang cerah, kontras yang dipertingkatkan dan butiran lebih baik.   

honor magic6 pro fingerprint
Skrin HONOR Magic6 Pro dilindungi Pelindung NanoCrystal HONOR yang adalah 10 kali ganda lebih rintang jatuh berbanding kaca biasa, malah ia turut diperakui persijilan Overall Glass Drop Resistance Ability Lima Bintang SGS dalam pelbagai senario.

HONOR Magic6 Pro menawarkan Paparan LTPO Berkuasa Rendah Semua Julat 6.8 inci dengan resolusi 2800×1280 dan gamut warna DCI-P3 100 yang memberikan visual tajam dan butiran terang walaupun di bawah sinaran matahari kerana keupayaan paparannya yang mampu mencapai kecerahan puncak setinggi 5,000 nits.

HONOR Magic6 Pro
HONOR Magic6 Pro dilengkapi Kamera Tele Falcon 180MP, Kamera Utama Dinamik Super 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP.

HONOR Magic6 Pro juga dalah telefon pintar pertama Android yang didatangkan dengan inovasi Paparan LTPO 8T untuk mencapai kadar segar semula 1Hz pada kecerahan serendah 2 nit pada ciri Always-on Display (AOD).

HONOR Magic6 Pro dikuasakan cipset Mudah Alih Snapdragon 8 Gen 3 dan dioperasikan dengan HONOR MagicOS 8.0 terbaharu yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Tersedia dengan RAM 12GB dan storan 512GB, HONOR Magic6 Pro didatangi dalam warna menarik Epi Green dan Black yang dijual pada harga RM4,499.

Beli telefon HONOR di:

Shopee – https://invl.io/clk5rts
Lazada – https://invol.co/clk5rua

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY