Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
case iPhone 14 Pro

Didakwa Sarung Pelindung iPhone 14 Pro, Perlihatkan Diameter Lensa Lebih Besar

Diterbitkan September 5, 2022 oleh Amalina Athman

Menjelang beberapa hari sahaja lagi acara khas Apple, lebih banyak khabar mengenai iPhone 14 hangat diperkatakan. Kini, imej terbaharu yang didakwa sarung pelindung iPhone 14 Pro telah memperlihatkan ia dimuatkan pada iPhone 13 Pro.

Berkaitan

  • Perbandingan Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Max Dan iPhone 13 Pro Max Diperlihatkan
  • Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14
  • Pelancaran Hampir Tiba, Antara Ura-Ura Spesifikasi iPhone 14 Setakat Ini

Melaluinya, ia memberikan sedikit gambaran mengenai jangkaan perubahan reka bentuk bagi iPhone terbaharu itu, terutamanya dari segi lensa kamera, flash, dan pengimbas LiDAR.

Didakwa Sarung Pelindung iPhone 14 Pro, Perlihatkan Diameter Lensa Lebih Besar

Dikongsikan melalui laman blog Naver, ia mendedahkan setiap lensa mempunyai diameter yang jauh lebih besar di bahagian modul kamera iPhone 14 Pro. Ini kerana, percubaan untuk menyesuaikan sarung berkenaan pada iPhone 13 Pro menunjukkan bahawa setiap lensa iaitu kamera utama, ultra-lebar dan telefoto adalah tidak sepadan dan mempunyai lebihan ruang yang besar.

Didakwa Sarung Pelindung iPhone 14 Pro, Perlihatkan Diameter Lensa Lebih Besar
Didakwa Sarung Pelindung iPhone 14 Pro, Perlihatkan Diameter Lensa Lebih Besar

Bukan perkara baharu mengenainya, iPhone 14 Pro sebelum ini juga pernah dikhabarkan akan hadir dengan bonggol dan sensor kamera yang lebih besar. Turut dijangka model iPhone 14 Pro tahun ini akan dimuatkan dengan kamera 48MP.

Di sisi yang lain, imej yang dikongsi turut memperlihatkan kedudukan butang kelantangan suara yang diletakkan di bahagian sedikit atas berbanding model yang dilancarkan tahun lalu.

Sumber: Naver 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY