Ciri Lampu Tinggi Automatik BMW Ditawar Dalam Bentuk Langganan Bermula RM40/bulan

Bagi kebanyakkan pengguna, lampu tinggi (high beam) kenderaan mereka boleh diaktifkan secara manual yang terdapat di tuil stereng kenderaan.

Tetapi, BMW menaikkan lagi standard lampu tinggi pada kenderaan mereka dengan memperkenalkan ciri yang dikenali sebagai High Beam Assistant.

Ciri lampu tinggi automatik ini ditawar menerusi servis ketersambungan BMW ConnectedDrive yang boleh dilanggan secara bulanan pada harga bermula RM40.00/bulan.



Servis ini juga boleh dilanggan pemilik BMW secara tahunan dengan harga bermula RM370/tahun, RM550/3 tahun atau tanpa had berharga RM800.

Tetapi sebelum melanggan, BMW Malaysia turut menawarkan percubaan selama 1 bulan secara percuma kepada pelanggan mereka.

Di laman BMW Malaysia menyatakan, "Anda tidak perlu lagi menukar antara lampu rendah dan tinggi. BMW anda secara automatik melakukannya untuk anda. Anda kini boleh memandu dengan lebih selamat dengan keterlihatan terbaik di jalan yang gelap."

Ciri ini berfungsi apabila kamera pada cermin dalaman BMW mengesan lampu hadapan kenderaan dari jarak sehingga 700 meter.

Ia juga mengesan kenderaan sehingga 400 meter di hadapan yang akan menukar lampu kenderaan BMW itu serta-merta dari lampu tinggi ke rendah.

BWM juga menyatakan, kamera kenderaan mereka juga mengenali kawasan sekeliling, papan tanda jalan dan cahaya yang bertukar. Jadi, ia akan bertukar dari lampu tinggi ke rendah pada masa yang tepat.

https://www.youtube.com/watch?v=hAydlNb49o4

Servis teknologi lampu tinggi automatik ini sebenarnya sudah hampir 20 tahun ia diperkenalkan BMW pada pelanggan mereka. Jadi, pengguna BMW sudah tidak asing dengan ciri ini.

Teknologi High-Beam Assistant ini telah dibangunkan selepas penyelidikan menunjukkan bahawa lampu tinggi depan boleh, dan boleh dikatakan sepatutnya, digunakan dalam kira-kira 75 peratus lebih banyak pada kesempatan daripada sekarang.

Kajian lanjut itu menyerlahkan, pemandu yang menukar kepada pancaran tinggi sering gagal menyahaktifkannya dalam masa dan akibatnya, menyilaukan pengguna jalan raya yang lain.

Jadi, penyelesaiannya ialah dengan memperkenalkan High-Beam Assistant, satu sistem yang menggunakan kamera pencari cahaya yang terletak di perumah cermin pandangan belakang untuk memantau jalan sehingga 1,000 meter di hadapan.

{suggest}

Sumber: BMW UK, BMW Malaysia