OpenAI kini melancarkan ChatGPT Images 2.0 sebagai model penjanaan imej terbaharu, dengan keupayaan menghasilkan visual lebih tepat dan boleh digunakan serta-merta.
Model ini membawa peningkatan ketara dalam memahami arahan yang lebih kompleks. Ia mampu meletakkan objek dengan lebih tepat, menghubungkan elemen dalam imej secara logik serta menghasilkan teks yang lebih jelas.
Jika model terdahulu hanya terhad kepada format potret, landskap dan segi empat sama, ChatGPT Images 2.0 kini menyokong pelbagai nisbah skrin yang lebih fleksibel, sehingga 3:1 untuk imej lebar dan 1:3 untuk imej menegak dengan resolusi sehingga 2K.
Greater Precision and Control
ChatGPT Images 2.0 can conceptualize more sophisticated images, and then actually bring that vision to life effectively.
It’s able to follow instructions, preserve requested details, and render the fine-grained elements that often break image… pic.twitter.com/n29165pV9Q
— OpenAI (@OpenAI) April 21, 2026
Dari segi ketepatan, model ini boleh menghasilkan imej yang lebih terperinci termasuk elemen kecil yang sebelum ini sering menjadi kelemahan seperti teks bersaiz kecil, ikon, elemen antara muka serta komposisi yang padat.
Aspect Ratios & Resolution in ChatGPT Images 2.0, demonstrated by @dibyayB pic.twitter.com/K6pbscNZtL
— OpenAI (@OpenAI) April 21, 2026
Selain itu, ChatGPT Images 2.0 kini boleh menjana imej dengan teks bukan bahasa Inggeris yang bukan sahaja tepat, tetapi juga mengalir secara semula jadi. Ini menjadikannya lebih relevan untuk penggunaan global, termasuk menghasilkan visual dalam bahasa tempatan.
Stronger Across Languages
ChatGPT Images 2.0 can produce images with non-English text that’s not only rendered correctly but with language that flows coherently.
This makes the model more globally useful and helps people create visuals that work in the languages they actually… pic.twitter.com/51k3xScOXm
— OpenAI (@OpenAI) April 21, 2026
Dari sudut gaya visual, model ini lebih canggih dalam menghasilkan pelbagai jenis imej seperti foto realistik, visual sinematik, pixel art dan manga. Ia mengekalkan konsistensi dari segi pencahayaan, tekstur dan komposisi.
Menariknya, ChatGPT Images 2.0 juga merupakan model imej pertama OpenAI yang dilengkapi keupayaan “thinking”. Apabila model “Thinking” dipilih dalam ChatGPT, Images 2.0 boleh mencari maklumat masa nyata di web, mencipta berbilang imej berbeza daripada satu arahan, menyemak semula outputnya sendiri dan juga mencipta kod QR yang berfungsi.
A Visual Thought Partner
ChatGPT Images 2.0 is our first image model with thinking capabilities.
When a thinking model is selected in ChatGPT, Images 2.0 can search the web for real-time information, create multiple distinct images from one prompt, double-check its own outputs,… pic.twitter.com/QjnGJ8MnJa
— OpenAI (@OpenAI) April 21, 2026
Menurut OpenAI, model ini mempunyai had pengetahuan terkini sehingga Disember 2025.
Ketersediaan
ChatGPT Images 2.0 mula ditawarkan kepada semua pengguna ChatGPT dan Codex bermula hari ini. Untuk ciri berasaskan “thinking”, ia tersedia kepada pengguna pelan Plus, Pro dan Business, manakala sokongan Enterprise dijangka menyusul kemudian.
Model asasnya, gpt-image-2, juga disediakan melalui API untuk kegunaan pembangun.
{suggest}
