Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI GPT 5.6 unlimited chat

OpenAI Naik Taraf ChatGPT – Pengguna Percuma Kini Dapat ‘Chat’ Tanpa Had Dengan GPT-5.6 Luna

Diterbitkan Ogos 7, 2026 · Dikemas kini Ogos 7, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI kini mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk ChatGPT yang melibatkan pengguna berbayar dan percuma, termasuk akses kepada model AI yang lebih pintar serta sembang teks tanpa had untuk pengguna Free dan Go.

Bagi pengguna ChatGPT Free dan Go, GPT-5.6 Luna akan menjadi model default yang digunakan untuk sembang harian. Bermula secara berperingkat, pengguna pelan ini juga boleh menikmati sembang teks tanpa had menggunakan model tersebut.

Selain itu, butang “Think” kini tersedia bagi membolehkan ChatGPT melakukan lebih banyak penaakulan sebelum menjawab soalan yang lebih kompleks.

We’re making better intelligence easier to access in ChatGPT for everyone:

– GPT-5.6 Sol now powers both Instant and deep reasoning for Plus & Pro users, delivering more factual, focused responses.

– Free & Go users get unlimited text chats with GPT-5.6 Luna starting tomorrow. pic.twitter.com/JXhmj5GLTH

— OpenAI (@OpenAI) August 6, 2026

Sementara itu, semua perbualan pengguna ChatGPT Plus dan Pro kini dikuasakan oleh GPT-5.6 Sol, termasuk mod Instant. OpenAI berkata perubahan ini memberikan pengalaman yang lebih konsisten tanpa perlu lagi bertukar antara model ketika menggunakan ChatGPT.

Menurut OpenAI, GPT-5.6 Sol turut menghasilkan jawapan yang lebih fokus dan lebih tepat dari segi fakta. Dalam penilaian dalaman yang melibatkan bidang kewangan, perubatan dan undang-undang, model itu mencatatkan 68% lebih sedikit respons yang mengandungi kesilapan fakta berbanding GPT-5.5 Instant.

OpenAI Naik Taraf ChatGPT – Pengguna Percuma Kini Dapat ‘Chat’ Tanpa Had Dengan GPT-5.6 Luna

Pengguna ChatGPT Plus dan Pro kini juga boleh mengakses GPT-5.6 Sol yang dikemas kini bersama ciri slider baharu bermula hari ini. Slider tersebut membolehkan pengguna memilih tahap penaakulan yang digunakan ChatGPT bagi setiap respons, sama ada mengutamakan jawapan yang lebih pantas atau membenarkan model melakukan lebih banyak penaakulan bergantung pada tugasan.

Plus and Pro users also now have a slider to choose how much reasoning effort ChatGPT puts into each response.

We think it’s easier to use, and we’re listening to your feedback. pic.twitter.com/u6HqhZpMts

— OpenAI (@OpenAI) August 6, 2026

OpenAI turut menyatakan GPT-5.6 Sol kini lebih baik dalam menyesuaikan panjang jawapan mengikut konteks, mengurangkan pemformatan yang tidak diperlukan serta lebih cenderung membetulkan maklumat yang tidak tepat berbanding sekadar bersetuju dengan pengguna.

Namun begitu, kemas kini ini hanya melibatkan sembang harian dan tersedia di bahagian “Chat” dalam ChatGPT. Versi GPT-5.6 Sol yang digunakan untuk Work dan Codex pula kekal tidak berubah dalam pelancaran kali ini.

Berkaitan

  • OpenAI Perkenal GPT-5.6 Sol, Terra Dan Luna Dalam Pratonton Terhad
  • OpenAI Lancar GPT-5.6, Model AI Baharu Lebih Pantas Dan Jimat Kos
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Pantas Dari Facebook, OpenAI Capai 1 Bilion Pengguna Aktif Kurang 4 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY