Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cepat Muat Turun, Lebuh Raya Baharu Sudah Ada Aplikasi Sendiri

Cepat Muat Turun, Lebuh Raya Baharu Sudah Ada Aplikasi Sendiri

Diterbitkan Mac 26, 2024 · Dikemas kini Mac 26, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin masih ramai yang belum tahu, Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah pun dibuka kepada pengguna lebuh raya bermula dari jam 12.01 tengah malam pada 12 Mac 2024 (Selasa).

Lebuhraya WCE Seksyen 11 yang dibuka ini melibatkan jajaran sepanjang 35.5 km yang menghubungkan pengguna secara terus dari lebuhraya PLUS di Changkat Jering ke Beruas, Perak.

Sempena pembukaan itu juga, WCE menawarkan tol percuma sehingga 11.59 malam, 11 Mei 2024.

Untuk anda yang mahukan lebih info tentang WCE, anda boleh memuat turun aplikasi WCE APP (Official) yang tersedia untuk telefon pintar Android dan iOS.

Aplikasi Mudah Alih WCE ini memaparkan maklumat penting seperti lalu lintas, tambang tol, senarai kemudahan dan suapan langsung CCTV.

WCE App (Official)
WhatsApp Image 2024-03-26 at 13.34.00
WhatsApp Image 2024-03-26 at 13.36.53
WhatsApp Image 2024-03-26 at 13.40.04

Lebuh raya WCE merupakan lebuh raya antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering di negeri Perak ke Banting negeri Selangor sepanjang 314.5 kilometer (km) dengan melalui destinasi utama seperti Beruas, Sri Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Bagan Datuk, Hutan Melintang di negeri Perak dan Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Banting di Selangor.

WCE Maps

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY