Buat Masa Sekarang, Kurang Sesuai Untuk Beli Kad Grafik

Dengan berita krisis matawang kripto paling teruk sejak Disember 2020 yang berlaku pada bulan Jun ini, banyak pihak dan entiti yang terkesan akan krisis kripto ini. Terutamanya, adalah pelombong kripto dek kerana kerugian pelaburan mereka dalam matawang kripto tersebut.

Lambakan Kad-Kad Grafik Daripada Pelombong Kripto


Kapsyen: Pelombong kripto di China terpaksa menjual kad grafik secara lelong akibat krisis kripto yang berlaku baru-baru ini.


Oleh itu, berlaku lambakan kad-kad grafik di pasaran yang dijual dengan harga yang rendah oleh pelombong kripto. Justeru, ini menjadi salah satu faktor penyumbang kepada harga kad grafik di pasaran untuk menjadi normal semula.

Tambahan lagi, harga pasaran kad grafik berkait rapat dengan nilai pasaran matawang kripto. Oleh itu, lambakan kad-kad grafik di pasaran dan nilai matawang kripto merupakan 2 faktor utama yang mampu mempengaruhi harga pasarannya secara tidak langsung.

Walau bagaimanapun, saya sangat tidak menyarankan mahupun mengesyorkan anda untuk membeli atau menaiktarafkan kad grafik kepada yang baharu. Hal ini demikian, pasaran kad grafik tempatan tidak cukup rancak untuk terpengaruh dengan faktor-faktor di atas.

Sebagai contoh, harga pasaran kad grafik di Barat mudah untuk berubah dan turun dek kerana faktor-faktor tersebut tetapi tidak untuk pasaran Malaysia.

Namun, pasaran kad grafik tempatan sudah pun menunjukkan trend penurunan, anda boleh rujuk artikel INI. Cumanya, harganya tidak turun terlalu mendadak sebagaimana pasaran di barat.

Kedatangan Siri RTX 4000


Walaupun begitu, sebab yang paling kuat untuk anda tidak membeli kad grafik pada waktu ini adalah kerana kedatangan NVIDIA siri RTX 4000 yang hampir pasti berlaku tidak lama lagi tetapi tiada tarikh rasmi pelancarannya sahaja buat masa sekarang.

Biarpun sekali kita mungkin akan melihat penurunan harga kad grafik dalam masa terdekat di Malaysia tetapi ia masih mahal.

Di samping itu, penawaran dalam peningkatan prestasi daripada khabar angin RTX 4000 cukup berbaloi untuk kita tunggu sekiranya anda sedang menyimpan bajet untuknya.



Selain itu, kita juga mungkin akan melihat peningkatan prestasi RTX 4090 pada resolusi 4K sekurang-kurangnya 2 kali ganda daripada pendahulunya, RTX 3090. RTX 4080 juga dikatakan 50% lebih baik daripada RTX 3080.



Paling kurang, kita akan melihat harga-harga kad grafik siri RTX 3000 di pasaran akan turun di bawah harga MSRP (Manufacturer's Suggested Retail Price) nya. Dan pada ketika itu, saya berpendapat adalah waktu terbaik untuk anda mencari dan membeli kad grafik.

Hal ini kerana, prestasi yang ditawarkan siri RTX 3000 seperti RTX 3080, RTX 3070 dan RTX 3060 Ti masih relevan dan berkuasa dengan  permainan video yang sedia ada mahupun yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ditambah pula dengan penurunan harga yang akan berlaku selepas pelancaran siri RTX 4000, kad grafik siri RTX 3000 akan menjadi yang terbaik dan berbaloi dengan setiap ringgit yang anda belanjakan.

Malah, harga pasaran kad grafik siri RTX 3000 terpakai juga dijangka akan menurun selepas siri RTX 4000 dilancarkan kelak.

Pembaca sekalian, tunggu dahulu daripada membeli kad grafik pada ketika ini jika anda sanggup untuk menunggu. Melainkan anda memang memerlukan kad grafik baharu atas sebab sebab tertentu.

Saya harap penulisan ini dapat membantu anda dalam memilih waktu terbaik untuk anda membeli kad grafik pada masa akan datang.

Baca juga: