Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pertama Kali Sejak Disember 2020, Nilai Bitcoin Berada Diparas Bahaya

Posted on Jun 20, 2022

Jika anda seorang pedagang kripto, bulan Jun ini merupakan bulan terburuk dalam karier dagangan kripto anda. Pertama kalinya sejak disember 2020, nilai matawang kripto Bitcoin telah susut pada nilai terendah (bawah RM90K).

Sebelum ini juga, Bitcoin telah mengejutkan dunia apabila nilai dagangannya telah berada di bawah RM100K. Corak penurunan mendadak Bitcoin ini bermula pada 10 Jun lepas dan tidak pulih sampai la ke hari ini.

Setakat Isnin ini, nilai dagangan Bitcoin berada sekitar RM85K dan jatuh sekitar RM77K pada Sabtu lepas. Buat masa ini, tiada sebarang faktor jelas disebalik penurunan nilai Bitcoin ini.

Nilai Matawang Kripto Bitcoin Setakat 20 Jun 2022

Walau bagaimanapun, Bitcoin masih belum mampu memulihkan nilainya melebihi RM100K sejak penurunannya pada 13 Jun lepas. Berdasarkan corak yang ditunjukkan Bitcoin ketika ini, kita mungkin akan terus melihat penurunan dalam masa terdekat.

Ada yang berpendapat bahawa buat masa sekarang, ia merupakan masa terbaik untuk membeli Bitcoin dek kerana nilainya yang tengah rendah. Bagaimanapun, ia mungkin berisiko buat pedagang Bitcoin kerana pulangan lebih rendah daripada nilai modal pelaburan asal.

Baca juga:

  • Selepas Luna, Nilai Bitcoin Jatuh Teruk Sehingga Pengeluaran Dilumpuhkan
  • Penyedia Perkhidmatan Internet Akan Berdepan Tindakan Dari MCMC
  • Jangan Sekali-Kali Dedahkan 5 Maklumat Perbankan Ini Kepada Pihak Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress