Sebab 'Mining' Dah Tak Berbaloi, Pelombong Kripto China Terpaksa Jual GPU Secara Lelong

Krisis matawang kripto sebelum ini telah menpengaruhi dan menjejaskan pelombong kripto di China sehingga terpaksa memberhentikan operasi dan menjual lebihan kad grafik yang sedia ada.

Buat pengetahuan anda, pelombong China ini antara pembeli utama kad grafik AMD dan NVIDIA yang sedia ada di pasaran. Kriptowang sasaran mereka adalah Ethereum tetapi sejak krisis kripto yang bermula daripada kejatuhan LUNA, mereka terpaksa "menangis tak berlagu" dengan menjual semula lambakan GPU mereka.



Hal ini demikian, krisis kripto yang berlaku itu menjejaskan hampir semua matawang kripto yang ada seperti Bitcoin, XRP, Ethereum juga dan lain-lain. Justeru, melihat kerugian yang terpaksa ditanggung mereka dan keuntungan telah jauh pergi, menjual lebihan GPU adalah satu-satunya pilihan yang ada.



Gambar-gambar yang pelombong kriptowang di China telah tersebar di mana mereka menjual lambakan GPU yang dimiliki di atas kotak sambil menunggu atau lebih tepatnya mengharapkan ihsan daripada orang awam untuk membelinya.



Di samping itu, gambar-gambar ini telah tersebar di pelbagai forum China dan salah satunya adalah Baidu. Kad grafik RTX 3060 Ti diletakkan pada harga USD300 - USD350 (~RM1300 - RM1500) sedangkan harga standard di pasaran melebihi RM2000.

Bayangkan sahaja sekurang-kurangnya RM66 bilion nilai GPU telah dibeli oleh segmen perlombongan kriptowang sahaja sejak 2021. Justeru, yang terkesan dan terjejasnya adalah anda, saya, kita dan mereka yang ingin membeli GPU bagi tujuan peribadi mahupun profesional dek kerana harga GPU naik melambung.

Saya berharap dengan lambakan GPU di pasaran akan menyeimbangkan semula harga GPU yang sedia ada. Tetapi mungkin ini akan menyukarkan NVIDIA dan AMD untuk menjual barisan GPU baharu daripada mereka.

Sumber: wccftech

Baca juga: