Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi18 Pro

Xiaomi Pegang Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ke-3 2026

Diterbitkan November 16, 2026 · Dikemas kini November 16, 2026 oleh ariff bukhari

Xiaomi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama telefon pintar utama di Malaysia apabila berjaya meraih kedudukan nombor satu di Malaysia bagi suku ketiga 2026 (S3 2026) selepas mencatatkan pegangan pasaran tertinggi sebanyak 21 peratus, menurut laporan firma penyelidikan pasaran Omdia.

Pengurus Negara Xiaomi Malaysia, Xingyu Yang menegaskan, Malaysia kekal sebagai pasaran penting bagi Xiaomi.

 

“Kami amat berterima kasih kepada pelanggan kami di Malaysia atas keyakinan berterusan mereka terhadap Xiaomi. Kedudukan sebagai vendor telefon pintar terkemuka di Malaysia pada suku ketiga tahun 2026 mencerminkan usaha berterusan kami untuk menyediakan produk yang menggabungkan inovasi, prestasi, dan nilai yang luar biasa. Malaysia kekal sebagai pasaran penting bagi Xiaomi, dan kami komited untuk menjadikan teknologi canggih lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.”

Malaysia No.1 (Q3 2026)

Sepanjang tahun 2026, Xiaomi giat memperkukuh portfolio telefon pintarnya di Malaysia menerusi pelancaran peranti andalan menerusi siri Xiaomi 17, siri Xiaomi 17T serta siri REDMI Note 17.

Seterusnya, syarikat itu sudah bersedia untuk memperkenalkan siri Xiaomi 18 Pro tidak lama lagi yang tampil dengan teknologi paparan belakang buat julung kalinya.

Harga Xiaomi 17 di Malaysia

Southeast Asia smartphone shipment market share 3Q 2026

Kehadiran kukuh jenama itu turut disokong oleh peluasan rangkaian runcit dengan pembukaan cawangan Xiaomi Store ke-100 di seluruh negara baru-baru ini, sekali gus meningkatkan akses produk dan khidmat sokongan selepas jualan kepada rakyat Malaysia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Siri Xiaomi 18 Pro Diperkenal Di China, Sah Masuk Malaysia Tahun Ini
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
  • 40 Satelit Internet Amazon Musnah Selepas Pelancaran Roket Gagal
  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
  • Kerajaan Teliti Cadangan Wajibkan Pengesahan Identiti Akaun WhatsApp - Fahmi
©2026 WISER.MY