Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Genshin Impact

Ini 5 ‘Game’ Android Percuma Dengan Penggunaan Grafik Paling Tinggi

Diterbitkan Jun 22, 2022 · Dikemas kini November 17, 2022 oleh Firdaus

Dengan begitu banyak peranti-peranti yang hadir dengan memori RAM 8GB ke 12 GB dan cip pemprosesan 8 teras, telefon pintar zaman sekarang lebih berkuasa berbanding 4 tahun lepas.

Oleh itu, banyak permainan-permainan mudah alih yang boleh diproses oleh peranti pada masa ini terutamanya yang mempunyai keperluan atau penggunaan grafik yang tinggi.

Berikut merupakan 5 permainan mudah alih yang ada di pasaran dengan keperluan grafik yang tinggi berbanding yang lain:

{snap}

1. ARK: Survival Evolved

Ark: Survival Evolved is out now on Android!

Ark merupakan permainan survival yang datang daripada platform PC dan konsol ke peranti mudah alih. Permainan ini memerlukan anda untuk membina penempatan di kawasan asing, melindungi diri daripada dinasour dan mengembangkan kebolehan diri.

Walaupun kadar segar semulanya dihadkan pada 30 fps sahaja, tiada sebarang masalah yang ketara pada gaya permainannya. Jika anda mempunyai peranti yang berkuasa, anda dapat merasai pengalaman bermain dengan grafik yang cantik dan berkualiti.

{snap}

2. Genshin Impact

peranti Vivo Y21T
Tetapan Grafik Terendah Dalam Genshin Impact

Genshin Impact merupakan salah satu permainan video pelbagai platform yang sangat ‘meletup’ ketika pelancarannya. Gaya permainan yang unik, dunia terbuka yang sangat luas dan masih berkembang dalam kemas kini akan datang serta pelbagai pilihan karakter yang tersedia.

Selain itu, anda dapat merasai pengalaman bermain Genshin Impact dengan grafiknya yang sangat cantik pada kadar segar semula 60fps sekiranya peranti anda mampu menyokongnya. Walaupun hampir 2 tahun sejak ia pertama kali dilancarkan, Genshin Impact masih menjadi antara permainan mudah alih dengan keperluan grafik yang tinggi.

{snap}

3. Real Racing 3

Real Racing 3 MOD 10.2.0 - Download for Android APK Free

Anda peminat perlumbaan kereta seperti F1, kereta muscle America dan lain-lain? Real Racing 3 merupakan permainan mudah alih perlumbaan pelbagai jenis kenderaan terbaik yang ada di luar sana untuk anda cuba. Tambahan lagi, ia menawarkan pengalaman perlumbaan yang realistik, mencabar dan berbaloi untuk anda cuba.

Selain itu, ia mempunyai grafik yang tidak kurang hebatnya seperti kesan khas kerosakan kemalangan yang besar dan gaya perlumbaan kereta super dan F1 yang lebih realistik. Mudah kata, ia umpama permainan Gran Turismo atau Forza buat telefon pintar.

{snap}

4. Shadow Fight 3 – RPG fighting

Shadow Fight 3 Review - Classic Shadow Fight is now in 3D - GamerBraves

Shadow Fight 3 memerlukan cara permainan yang lincah dan penuh strategi daripada anda. Hal ini demikian, semakin tinggi perjalanan permainan anda dalam permainan mudah alih ini, pahlawan musuh yang perlu anda hadapi makin hebat dalam gaya pertarungannya.

Tambahan lagi, permainan ini bukan hanya memfokuskan pertarungan sahaja tetapi perkembangan sesebuah karakter itu sendiri. Shadow Fight 3 menawarkan pelbagai pengubahsuaian visual, perisai dan senjata untuk anda gunakan.

Dengan review sebanyak 3.65 juta, permainan mudah alih ini mempunyai rating sebanyak 4.3 bintang di Play Store. Permainan ini menyokong visual grafik hingga 1440p dan kadar segar semula 60fps.

{snap}

5. Asphalt 9 Legends

asphalt 9 realme free fire

Asphalt 9 Legends merupakan permainan mudah alih paling berkuasa dari segi grafik, gaya permainan dan pengalaman yang tersedia dalam siri Asphalt.

Tambahan lagi, ia menyokong ciri grafik HDR (high-dynamic range) pada kadar segar semula 60fps dan sudah tentunya Asphalt 9 ini menjadi antara permainan mudah alih perlumbaan kereta terbaik yang ada di luar sana.

Sumber: The Gamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • "Game Over", Kanak-Kanak Bawah Umur Di China Hanya Boleh Main 'Game' 3 Jam Sahaja
  • 'Gamer' Pasti Suka Telefon Ini, 'Gaming' Sedap Dan Sejuk
  • 5 Telefon Gaming Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Buat Masa Ini

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY