Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla robotaxi

Tesla Kini Jual Teksi Tanpa Stereng Kepada Pelanggan Terpilih Dalam Bentuk Langganan ~RM1,300/bulan

Diterbitkan November 16, 2026 ยท Dikemas kini November 16, 2026 oleh ariff bukhari

Tesla pada Jumaat lalu telah memaklumkan bahawa sebilangan pelanggan kini berpeluang membeli kenderaan tanpa pemandu keluarannya, Cybercab, untuk kegunaan peribadi.

Kenderaan dua tempat duduk tanpa stereng atau pedal itu telah diperkenalkan pada Oktober 2024, dan sebelum ini telah digunakan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada perkhidmatan “Robotaxi” milik Tesla.

 

“Pelanggan terpilih kini dijemput untuk membeli Cybercab bagi kegunaan peribadi,” tulis pengeluar automotif itu di platform X.

Sekeping gambar yang dimuat naik bersama hantaran tersebut menunjukkan anggaran harga pembelian sebanyak $29,990, tidak termasuk cukai, dengan anggaran tarikh penghantaran bermula pada bulan Disember.

Kenderaan itu juga memerlukan “langganan autonomi” bulanan bernilai $299 serta deposit tidak boleh dikembalikan sebanyak $1,000.

Elon Musk Tayang ‘Cybercab’ Robotaxi, Teksi Robot Sokong Pengecasan Tanpa Wayar

Tahun lalu, Tesla memulakan perkhidmatan kereta pandu sendiri di Austin menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y, dengan perkhidmatan Robotaxi tersebut diperluaskan secara berperingkat ke beberapa bandar lain di Texas, Florida dan California.

Walau bagaimanapun, undang-undang negeri mewajibkan kebanyakan kenderaan tersebut mempunyai penyelia atau pemandu manusia yang bersedia untuk mengambil alih kawalan sekiranya perlu.

Waymo, anak syarikat kenderaan pandu sendiri milik syarikat induk Google iaitu Alphabet, kini menawarkan perkhidmatannya di 11 bandar di AS.

Pada September lalu, badan pengawal selia keselamatan automotif AS telah membuka kertas siasatan terhadap Cybercab, dengan mempersoalkan bagaimana Tesla merumuskan bahawa sebuah kenderaan tanpa stereng, pedal atau cermin sisi memenuhi peraturan keselamatan persekutuan.

Tesla sebelum ini mempromosikan apa yang disifatkannya sebagai aspek keselamatan serta kemudahan penggunaan kenderaan itu bagi golongan orang kurang upaya (OKU), selain menyatakan bahawa Cybercab “mendemokrasikan pengangkutan bersih untuk semua.” – AFP

Berkaitan

  • Elon Musk Tayang 'Cybercab' Robotaxi, Teksi Robot Sokong Pengecasan Tanpa Wayar
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
  • 40 Satelit Internet Amazon Musnah Selepas Pelancaran Roket Gagal
  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
  • Kerajaan Teliti Cadangan Wajibkan Pengesahan Identiti Akaun WhatsApp - Fahmi
  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
©2026 WISER.MY