Sebagai contoh di Australia, harga Asus RTX 2080 TUF Gaming OC telah mencatatkan penurunan harga lebih 35% hanya dalam masa sehari sahaja.
https://twitter.com/HardwareUnboxed/status/1503864108642611209?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1503864108642611209%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.tomsguide.com%2Fnews%2Fnvidia-rtx-3080-sees-huge-price-drop-but-theres-some-bad-news
Selain itu, ura-ura akan kedatangan RTX 3090 Ti juga telah mempengaruhi penurunan harga pasaran kad grafik global. Anda berkemungkinan akan melihat pelancaran kad grafik ini dalam beberapa bulan lagi.
Untuk anda yang menanti berita gembira ini, Zotac dan Asus telah mengemaskini harga terbaru untuk kad grafik mereka pada awal minggu ini. Penurunan harga hingga RM500 lebih murah daripada harga sebelumnya yang ditawarkan oleh kedua-dua jenama.
Berikut merupakan harga baharu daripada Zotac dan Asus:


Selain kedua-dua jenama di atas, kad grafik keluaran EVGA turut mencatatkan penurunan dalam kemas kini harga terbaru mereka pada hari Rabu 23 Mac, 2 hari selepas kemas kini Zotac dan Asus.

Sukacita saya ingatkan kepada anda bahawa ini merupakan harga runcit dan bukannya harga yang anda akan dapati ketika membeli di kedai. Kemungkinan anda akan mendapati perbezaan harga sekitar RM200 daripada harga yang saya kongsikan ini.
Tetapi usahlah bersedih kerana sekurang-kurangnya harga kad grafik sudah turun dan tidak lagi berada dalam lingkungan harga yang tidak masuk akal mahalnya.
Oleh sebab itu, anda boleh memilih untuk membeli kad grafik sekarang atau tunggu lagi beberapa bulan lagi kerana pilihan di tangan anda. Jadi la pembeli yang bijak dan bukannya terlajak.
Sumber: Tom's Guide, EWT Technology
Baca juga:
- Cari Kad Grafik Baru? Tunggu Dulu, Harga Pasaran Sedang Menurun
- Bukan 'Photoshop', Juara Terbuka Jerman 2022 Bawa Pulang Kad Grafik
- Tak Perlu Kad Untuk Keluar Duit Di ATM Maybank, Ini Caranya
Berkaitan
- Permintaan Kad Grafik Dilaporkan Menurun 50%, Intel Dan Nvidia Mungkin Terkesan
- Prestasi GPU RTX 4070 Dikatakan Setanding RTX 3090
- Lambakan Siri RTX 3000, NVIDIA Dilapor Terpaksa Kurangkan Tempahan Silikon Dari TSMC
- Dikatakan Ini 'Gameplay' GTA 6, Grafik Lebih Baik Dari GTA 5
- Cari Kad Grafik Baru? Tunggu Dulu, Harga Pasaran Sedang Menurun
- MSI Melancarkan 2 Kad Grafik RTX 3090 Ti Baharu
- GIGABYTE Malaysia Dedahkan Harga GPU Siri GeForce RTX 4080 Mereka
- Ini Konsep Grafik Zelda 1998 Dengan Unreal Engine 5
- Mungkin Ini Spesifikasi Kad Grafik RTX 4090
- AMD Melancarkan 3 Kad Grafik Baharu Bagi Siri Radeon RX 6000