Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Boost Brings Agentic AI to Everyday Banking

Boost Tambah Baik Boba AI, Perluas Keupayaan Agentic AI Dalam Urusan Perbankan

Diterbitkan Julai 6, 2026 ยท Dikemas kini Julai 6, 2026 oleh Amalina Athman

Boost mengumumkan penambahbaikan kepada Boba AI, platform kecerdasan buatan berejen (Agentic AI) yang kini membantu pengguna melaksanakan pelbagai urusan perbankan harian secara terus menerusi aplikasi Boost dan Boost Bank menggunakan interaksi sembang serta suara.

Antaranya termasuk membuka akaun Boost Bank, melengkapkan proses pendaftaran dan eKYC, membantu menyelesaikan pertanyaan pelanggan serta mengurus pembayaran bil secara terus dalam ruang sembang tanpa perlu melalui pelbagai skrin atau proses manual.

Boost turut memperkenalkan Boba Voice, perkhidmatan sokongan pelanggan berasaskan suara yang beroperasi 24 jam sehari melalui talian hotline Boost Bank.

Boost Brings Agentic AI to Everyday Banking

Sejak diperkenalkan pada Mei 2026, Boost mendakwa Boba Voice telah mengendalikan 90% pertanyaan pelanggan, manakala lebih 80% daripadanya berjaya diselesaikan pada interaksi pertama tanpa perlu dipindahkan kepada ejen manusia. Tempoh menunggu pelanggan juga dikatakan berkurang kepada serendah tiga saat.

Syarikat itu memaklumkan sejak Januari 2026, lebih 30,000 pelanggan telah menggunakan Boba AI melalui aplikasi Boost, dengan hampir 100,000 permintaan direkodkan. Sokongan AI itu kini tersedia dalam pelbagai bahasa merentasi aplikasi Boost dan Boost Bank.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/07/06160619/Boba-Ai-Introduction-Video_.mp4

Selain digunakan oleh pelanggan, teknologi AI yang sama turut dimanfaatkan dalam operasi dalaman syarikat. Menurut Boost, kakitangannya menggunakan platform AI berpusat untuk mengautomasikan tugasan rutin, meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan proses membuat keputusan dalam pelbagai bahagian termasuk pemasaran, operasi dan pentadbiran.

Dalam perkembangan sama, Boost turut menawarkan ganjaran lebih 1,000 Boost Stars kepada pengguna yang melengkapkan misi terpilih menggunakan Boba AI, termasuk pembayaran bil atau pembukaan akaun Boost Bank. Ganjaran tersebut boleh ditebus untuk pelbagai manfaat seperti baucar dan pembayaran bil.

Berkaitan

  • Boost Bank Perkenal Pembiayaan Motosikal Digital Pertama Di Malaysia
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Tunai Antara Bank Di ATM - Berkuat Kuasa 1 Julai 2026
  • BNM Arah Penamatan Rangkaian Pembayaran QR Tertutup Menjelang 30 Jun 2028

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY