Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
caj RM1 bank_credit BERNAMA

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Tunai Antara Bank Di ATM – Berkuat Kuasa 1 Julai 2026

Diterbitkan Jun 15, 2026 ยท Dikemas kini Jun 15, 2026 oleh Amalina Athman

Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di Mesin Juruwang Automatik (ATM) atau Smart Recycler Machine (SRM) bermula 1 Julai 2026.

Perkara itu diumumkan menerusi kenyataan bersama Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).

Melalui inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pemegang kad debit Malaysia boleh mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara tanpa mengira bank pengeluar kad, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

Industri perbankan menjelaskan wang tunai masih memainkan peranan penting dalam urusan harian ramai rakyat Malaysia. Sehubungan itu, pemansuhan fi pengeluaran tunai antara bank ini dilihat sebagai langkah untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan perbankan selain membantu mengurangkan kos yang ditanggung pengguna.

Pada masa sama, sektor perbankan menegaskan komitmennya untuk terus menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih mudah diakses, inklusif dan berorientasikan pelanggan. Walaupun penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai semakin meningkat, wang tunai masih kekal sebagai pilihan penting bagi sebahagian pengguna dan komuniti.

Bank-bank di Malaysia turut menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh penyelesaian pembayaran digital yang selamat dan lancar, sambil memastikan pengguna mempunyai kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing.

Gambar utama: BERNAMA

Berkaitan

  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Teknologi e-Pengesahan MyDigital ID Diuji Dalam Sistem Pendaftaran Pelanggan, Pengesahan Transaksi Perbankan
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Be U Akan Ditamatkan, Ini Cara Tutup Akaun Dan Pindahkan Baki Wang

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY