Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Boost Bank Perkenal Pembiayaan Motosikal Digital Pertama Di Malaysia

Boost Bank Perkenal Pembiayaan Motosikal Digital Pertama Di Malaysia

Diterbitkan September 3, 2025 ยท Dikemas kini September 3, 2025 oleh ariff bukhari

Boost Bank, bank digital tempatan pertama Malaysia, mengumumkan kerjasama dengan DCAP Digital untuk memperkenalkan Pembiayaan Motosikal, iaitu penyelesaian sewa beli digital pertama untuk pemilikan motosikal di Malaysia.

Produk ini telah mendapat sambutan positif selepas ia dilancarkan pada Jun 2025 lalu.

Melalui skim ini, pemohon layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 90% bagi motosikal baharu bawah 250cc, dengan kadar faedah tetap sehingga 10% setahun dan tempoh bayaran balik fleksibel sehingga 60 bulan.

hire_purchase_motorbike_loan boost bank

Prosesnya dipermudah dengan kelulusan pantas berkuasa AI, serta bayaran balik automatik melalui aplikasi Boost Bank.

Produk ini memberi ketelusan penuh terhadap caj, membolehkan pelanggan merancang kewangan dengan lebih baik.

Ia juga disasarkan untuk pembeli motosikal kali pertama, pekerja gig, dan penunggang harian yang menjadikan motosikal sebagai kenderaan utama mencari sumber pendapatan dan untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pembiayaan Motosikal ini, sila layari https://link.myboost.co/MotorBikeLoan.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Malaysia Lancar Bank Pertama Di Dunia Dikuasakan AI
  • smart #2 Bakal Dilancar, EV Urban 2 Tempat Duduk Rekaan Mercedes-Benz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY