Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DuitNow QR_wisermy generate

BNM Arah Penamatan Rangkaian Pembayaran QR Tertutup Menjelang 30 Jun 2028

Diterbitkan Julai 1, 2026 · Dikemas kini Julai 1, 2026 oleh Amalina Athman

Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan semua institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan pembayaran menghentikan penggunaan rangkaian pembayaran QR tertutup/eksklusif (proprietary QR) secara berperingkat, dengan peralihan sepenuhnya perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2028.

Mula dilaporkan The Edge, keperluan itu dinyatakan menerusi dokumen dasar Interoperable Fund Transfer Framework (IFTF) yang diterbitkan BNM pada 30 Jun 2026. Di bawah dasar tersebut, bank, pengeluar e-dompet dan pihak berkaitan tidak lagi dibenarkan mengendalikan atau menawarkan rangkaian QR proprietari, sebaliknya perlu menggunakan infrastruktur pembayaran bersama yang saling beroperasi.

Secara ringkas, ini bermaksud penyedia perkhidmatan pembayaran tidak lagi boleh menawarkan sistem QR yang hanya boleh digunakan dalam ekosistem mereka sendiri. Sebaliknya, pembayaran QR perlu disokong melalui rangkaian bersama, seperti DuitNow QR yang dikendalikan oleh PayNet, sekali gus membolehkan pengguna daripada bank dan e-dompet yang mengambil bahagian membuat pembayaran menggunakan kod QR yang sama.

Melalui pendekatan ini, pengguna tidak lagi perlu bimbang sama ada sesuatu kod QR hanya menerima aplikasi bank atau e-dompet tertentu. Peniaga pula tidak perlu memaparkan kod QR berasingan bagi setiap penyedia pembayaran, selagi penyedia tersebut mengambil bahagian dalam rangkaian pembayaran bersama.

Dasar baharu itu turut mewajibkan institusi berkaitan menyertai infrastruktur pembayaran bersama bagi transaksi QR domestik. Langkah ini bertujuan mengelakkan pemecahan ekosistem pembayaran, memperkukuh interoperabiliti, menggalakkan persaingan yang lebih adil serta memudahkan pengalaman pembayaran digital untuk pengguna dan peniaga.

BNM menetapkan tempoh peralihan selama dua tahun sehingga 30 Jun 2028. Dalam tempoh tersebut, institusi yang masih mengendalikan rangkaian QR proprietari tidak lagi dibenarkan mendaftarkan peniaga baharu ke dalam rangkaian berkenaan.

Bagaimanapun, arahan ini bukan bermaksud DuitNow QR akan ditamatkan. Sebaliknya, yang akan dihentikan ialah QR proprietari atau eksklusif milik penyedia tertentu, manakala pembayaran QR akan diseragamkan melalui rangkaian yang saling beroperasi.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Airwallex Kini Beroperasi Penuh Dengan Lesen BNM
  • Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Tunai Antara Bank Di ATM - Berkuat Kuasa 1 Julai 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY