Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Bapa AI’: Risiko AI Sebabkan Kepupusan Manusia Dalam 30 Tahun Akan Datang Kini Cecah 10% Hingga 20%

‘Bapa AI’: Risiko AI Sebabkan Kepupusan Manusia Dalam 30 Tahun Akan Datang Kini Cecah 10% Hingga 20%

Diterbitkan Januari 6, 2025 · Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh Amsyar Latif

Geoffrey Hinton, saintis komputer British-Kanada yang dianggap sebagai “bapa AI,” memberi amaran bahawa risiko kecerdasan buatan (AI) menyebabkan kepupusan manusia dalam tiga dekad akan datang kini mencecah 10% hingga 20%, lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya.

Menurut Hinton, kemajuan AI berlaku jauh lebih pantas daripada jangkaan. Beliau membandingkan manusia dengan kanak-kanak kecil berbanding sistem AI yang bakal menjadi lebih pintar, menyatakan manusia mungkin kehilangan kawalan terhadap teknologi ini.

Hinton menegaskan perlunya peraturan serta garis panduan kerajaan untuk memastikan pembangunan AI berlaku secara selamat. Beliau percaya bahawa hanya undang-undang boleh memaksa syarikat besar melabur lebih dalam penyelidikan keselamatan AI, kerana motif keuntungan semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin keselamatan.

Pada tahun lepas, Hinton meninggalkan jawatannya di Google untuk bercakap lebih terbuka mengenai risiko AI, termasuk kebimbangan teknologi ini boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walaupun Hinton bimbang terhadap ancaman kewujudan AI, rakan seangkatannya Yann LeCun, Ketua Saintis AI Meta, optimis dengan menyatakan AI berpotensi menyelamatkan manusia daripada kepupusan.

Hinton juga menyebut kebanyakan pakar AI percaya sistem yang lebih pintar daripada manusia akan muncul dalam 20 tahun akan datang, sesuatu yang beliau anggap sangat membimbangkan.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • PM Rasmikan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)
  • JPJ Tingkat Penguatkuasaan Secara Digital, Kaji Guna Teknologi AI
  • Meta Mahu Platform Mereka Dipenuhi Akaun Pengguna Yang Dikuasakan AI
  • Generasi 'Bayi Beta' Bermula Tengah Malam Ini, Hidup Di Era AI Dan Automasi Sepenuhnya

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
  • Selepas Hampir 50 Tahun, Voyager 1 Akhirnya Capai Jarak Satu Hari Cahaya Dari Bumi
  • Samsung Wallet Bakal Sokong ShopeePay Di Malaysia
  • macOS 27.3 Akan Beri Pengguna Kawalan Lebih Terperinci Terhadap Akses Aplikasi
  • 30 Modul Bateri EV BMW Terpakai Bantu Bekalkan Elektrik 24 Jam Kepada Kampung Orang Asli Di Pahang
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999
©2026 WISER.MY