Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem mySIKAP JPJ Akan Tergendala Sementara Pada 9-10 Mac

JPJ Tingkat Penguatkuasaan Secara Digital, Kaji Guna Teknologi AI

Diterbitkan Disember 28, 2024 ยท Dikemas kini Disember 28, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan mengambil pendekatan dengan memperbanyakkan penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramly berkata dengan penggunaan teknologi itu, JPJ dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan meminimumkan kesalahan yang berlaku.

Beliau berkata pegawai penguatkuasa akan meningkatkan pemeriksaan secara berterusan di lokasi strategik, terutamanya di lebuh raya dan kawasan dengan kadar kemalangan tinggi.

Sebagai tambahan, jabatan itu juga akan melancarkan kempen kesedaran dan pendidikan awam, peningkatan infrastruktur dan pemeriksaan kenderaan serta memperkukuh kerjasama dengan industri pengangkutan untuk memastikan pematuhan peraturan keselamatan jalan raya.

Dalam pada itu, JPJ menyeru agar setiap individu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan dengan mematuhi peraturan dan berkelakuan bertanggungjawab semasa berada di jalan raya.

JPJ akan terus memperkukuh usaha-usaha penguatkuasaan dan pendidikan bagi memastikan jalan raya di Malaysia lebih selamat untuk semua. Kami bertekad untuk mengurangkan kadar kemalangan dan mencipta persekitaran yang lebih selamat bagi generasi akan datang.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • MyDigital ID Masih Boleh Diguna Sebagai Salah Satu Kaedah Log Masuk MyJPJ
  • JPJ Mungkin Kenakan Bayaran Untuk Cetakan Fizikal Lesen Memandu
  • Tiada Syarat Tambahan Pembaharuan Lesen Memandu Warga Emas - JPJ

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY