Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Generasi Beta

Generasi ‘Bayi Beta’ Bermula Tengah Malam Ini, Hidup Di Era AI Dan Automasi Sepenuhnya

Diterbitkan Disember 31, 2024 · Dikemas kini Disember 31, 2024 oleh ariff bukhari

Bermula 1 Januari 2025, Generasi Beta akan muncul, merangkumi kanak-kanak yang lahir bermula dari tahun 2025 hingga 2039.

Generasi ini dijangka akan membentuk 16% populasi dunia menjelang 2035.

Menurut penyelidik sosial bernama Mark McCrindle dalam catatan blognya berkata, ramai daripada Generasi Beta mungkin akan menyaksikan permulaan abad ke-22.

Generasi ini adalah kesinambungan daripada Generasi Alpha (2010-2024) yang mula menggunakan abjad Yunani.

“Kami menamakannya Alpha dan Beta untuk menandakan bukan sahaja generasi baharu, tetapi generasi pertama yang akan dibentuk oleh dunia yang sama sekali berbeza.” Mark McCrindle.

Generasi ‘Bayi Beta’ Bermula Tengah Malam Ini, Hidup Di Era AI Dan Automasi Sepenuhnya

Dikenali sebagai “Bayi Beta,” generasi ini akan membesar dalam dunia yang sangat terintegrasi dengan teknologi maju.

“Walaupun Generasi Alpha telah mengalami kebangkitan teknologi pintar dan kecerdasan buatan, Generasi Beta akan hidup dalam era di mana AI dan automasi tertanam sepenuhnya dalam kehidupan seharian, pendidikan dan tempat kerja kepada penjagaan kesihatan dan hiburan,” McCrindle.

Generasi ini bakal mewarisi pelbagai cabaran global, termasuk perubahan iklim, urbanisasi pesat, dan dinamik populasi yang terus berubah. Untuk menghadapinya, mereka perlu menumpukan kepada penyesuaian, kerjasama, dan inovasi yang mampan.

Dengan kesedaran alam sekitar yang kian meningkat dalam kalangan Generasi Z dan Alpha, Generasi Beta akan memikul tanggungjawab untuk menjadikan kelestarian sebagai asas dalam kehidupan mereka.

Pada masa yang sama, mereka perlu mentakrifkan semula hubungan sosial dalam era media sosial, dengan menumpukan kepada hubungan yang lebih bermakna dan berasaskan kepercayaan.

Memahami keperluan, nilai, dan keutamaan mereka adalah kritikal kerana tindak balas mereka terhadap cabaran dunia yang semakin kompleks ini akan membentuk masa depan masyarakat. Generasi Beta akan diawasi sebagai penentu arah bagaimana generasi akan datang menghadapi dunia yang saling berkaitan.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Hewlett Packard Sedang Bangunkan Superkomputer 30 Kali Lebih Berkuasa Dari Generasi Sebelumnya
  • Hanya 7 Negara Di Dunia Miliki Kualiti Udara Yang Bersih - Laporan

Sumber:  The Economic Times

Gambar utama: Dijana AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY