Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PM Rasmikan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)

PM Rasmikan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)

Diterbitkan Disember 12, 2024 oleh ariff bukhari

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah merasmikan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO).

Penubuhan NAIO merupakan antara usaha kerajaan untuk mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

PM dalam ucapannya di majlis pelancaran NAIO di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini menyifatkan penubuhan NAIO sebagai satu lakaran sejarah dan merupakan kesungguhan serta ikhtiar negara dalam melaksanakan transformasi digital, sekali gus memacu Malaysia ke tahap sebuah negara berinovasi.

Beliau menekankan bahawa, status ke arah negara berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai sekiranya didorong oleh penggunaan digital.

“Sebab itu sekali lagi saya tekankan mengapa kita (Malaysia) di antara beberapa negara awal di dunia yang meletakkan (mewujudkan) satu kementerian sebagai Kementerian Digital, kerana ini penentuan untuk menjayakan negara kita,”

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Perkongsian Data 2024 Telah Dibentangkan Di Dewan Rakyat
  • MDEC Komited Pacu Transformasi Digital PMKS Dan Perkukuh Ekonomi Perkongsian

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY