Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Atome wide

Atome Perkenal ‘Caj Baharu’ Dan ‘Denda Tambahan’ Bermula 9 Mei 2024

Diterbitkan April 20, 2024 · Dikemas kini April 20, 2024 oleh ariff bukhari

Platform pembiayaan pengguna digital yang menyediakan perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) memaklumkan, mereka telah membuat sedikit pelarasan pada Terma Perkhidmatan mereka.

Atome menerusi e-mel yang dihantar kepada pelanggannya memaklumkan, sekiranya berlaku pembayaran lewat yang dibuat oleh pelanggan mereka, caj pembayaran lewat (“Late Payment Charge”) sebanyak RM23 akan dikenakan.

Malah dalam kes tertentu, denda tambahan sebanyak RM7 juga boleh dikenakan.

Terma Perkhidmatan baru Atome ini akan bermula pada 9 Mei 2024 (untuk pesanan yang dibuat pada dan selepas tarikh tersebut).

Atome juga memaklumkan perubahan istilah untuk “yuran perkhidmatan”

Untuk pelan pembayaran Bayar dalam 6 bulan (Pay-in-6 months) dan Bayar dalam 12 bulan (Pay-in-12 months)

Atome, istilah “yuran perkhidmatan” itu kini akan dirujuk sebagai “kadar ansuran” (“installment rate”).

Istilah baharu ini pula akan terpakai untuk pesanan yang dibuat pada dan selepas 16 Mei 2024.

Untuk sebarang soalan mengenai perubahan pada Terma Perkhidmatan Atome ini, sebagai contoh tentang denda tambahan RM7 itu, pelanggan Atome boleh hubungi [email protected] atau semak Terma Perkhidmatan untuk butiran lanjut.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Siaran media Atome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY