Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DeepSeek_featured image 2

AS Dilapor Pertimbang Larangan DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

Diterbitkan Mac 10, 2025 ยท Dikemas kini Mac 10, 2025 oleh Amalina Athman

Pentadbiran Trump dilapor sedang mempertimbangkan larangan terhadap chatbot AI dari China, DeepSeek, daripada digunakan pada peranti kerajaan Amerika Syarikat atas faktor kebimbangan keselamatan negara.

Menurut The Wall Street Journal, pegawai AS bimbang mengenai cara DeepSeek mengendalikan data pengguna, yang menurut syarikat itu ia disimpan di pelayan yang terletak di China.

Selain itu, pentadbiran AS turut mempertimbangkan untuk menyekat chatbot itu daripada gedung aplikasi serta mengenakan had terhadap penyedia perkhidmatan awan yang berpangkalan di AS, dalam menawarkan model AI DeepSeek kepada pelanggan mereka.

Walau bagaimanapun, laporan itu menyatakan bahawa perbincangan tersebut masih di peringkat awal.

Sejak dilancarkan pada Januari lalu, model AI kos rendah itu telah menimbulkan kebimbamngan di beberapa negara. Australia, Korea Selatan dan Taiwan yang telah mengharamkannya pada peranti kerajaan. Korea Selatan juga mengenakan sekatan untuk muat turun baharu aplikasi DeepSeek, manakala Itali mengambil langkah lebih drastik dengan mengharamkan DeepSeek sepenuhnya.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan
  • Geely Integrasikan AI DeepSeek Ke Dalam Model EV, Percepat Penggunaan AI Dalam Automotif
  • Korea Selatan Sekat Muat Turun Baharu Aplikasi DeepSeek
  • China Puji Kejayaan DeepSeek, Anggap Ia Bukan Pesaing AI Dari AS

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY