Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DeepSeek_kredit Security Week

AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan

Diterbitkan Januari 31, 2025 oleh Amalina Athman

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dilaporkan sedang menyiasat sama ada DeepSeek telah menggunakan cip AS yang diharamkan penghantarannya ke China.

Minggu lalu, DeepSeek melancarkan bot sembang yang dikatakan beroperasi dengan kos jauh lebih rendah berbanding model AS. Dalam tempoh beberapa hari, aplikasi itu melonjak ke carta teratas di Apple App Store, sehingga menggugat pasaran teknologi AS.

Berbalik kepada konteks, sekatan semasa terhadap pemproses kecerdasan buatan (AI) Nvidia bertujuan untuk menghalang cip-cip canggih berkenaan daripada sampai ke China.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan mengatakan bahawa penyeludupan cip AI secara terancang ke China telah dikesan keluar dari negara-negara termasuk Malaysia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara itu, jurucakap Nvidia berkata ramai pelanggan mereka mempunyai entiti perniagan di Singapura dan menggunakan entiti tersebut untuk produk yang diperuntukkan ke AS dan negara-negara barat.

Kami menegaskan bahawa rakan kongsi kami mematuhi semua undang-undang yang terpakai, dan jika kami menerima sebarang maklumat yang bertentangan, bertindak sewajarnya.

Sebelum ini, DeepSeek telah menyatakan bahawa mereka menggunakan cip Nvidia yang lebih lama dan boleh dibeli secara sah, iaitu cip H800. Difahamkan, DeepSeek juga menggunakan cip H20 Nvidia yang kurang berkuasa, dan masih boleh dihantar ke China secara sah.

Trump digesa pertimbang larangan cip Nvidia lain

Dalam perkembangan lain, ahli Kongres AS menggesa pentadbiran Trump untuk mempertimbangkan sekatan eksport cip AI yang dihasilkan oleh Nvidia, di mana DeepSeek didakwa bergantung pada cip tersebut.

Kami meminta bahawa sebagai sebahagian daripada semakan ini, anda mempertimbangkan potensi kepentingan keselamatan negara dengan meletakkan kawalan eksport terhadap cip H20 Nvidia dan cip-cip yang serupa.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Populariti Melonjak, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai DeepSeek - Saingan ChatGPT
  • Alibaba Dakwa Model AI Baharunya Mampu Kalahkan DeepSeek

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY