Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan

Korea Selatan Sekat Muat Turun Baharu Aplikasi DeepSeek

Diterbitkan Februari 18, 2025 oleh Amalina Athman

Pihak berkuasa perlindungan data Korea Selatan kini mengumumkan bahawa muat turun baharu untuk aplikasi AI China, DeepSeek, telah digantung di negara itu selepas DeepSeek mengakui gagal mengambil kira beberapa peraturan agensi tersebut untuk melindungi data peribadi.

Perkhidmatan aplikasi tersebut akan disambung semula selepas penambahbaikan dibuat selaras dengan undang-undang privasi Korea Selatan, menurut Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi (PIPC).

Langkah yang berkuat kuasa pada Sabtu itu bertujuan menghalang muat turun baharu aplikasi berkenaan. Walau bagaimanapun, pengguna di Korea Selatan masih boleh mengakses DeepSeek menerusi laman web.

Difahamkan, syarikat pemula dari China itu telah melantik wakil undang-undang minggu lalu di Korea Selatan dan mengakui sebahagiannya mengabaikan pertimbangan terhadap undang-undang perlindungan data negara tersebut.

Pada awal bulan ini, beberapa agensi kerajaan Korea Selatan telah menyekat akses kepada platform itu. Taiwan dan Australia juga telah mengambil langkah yang sama, dengan mengharamkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan.

Sementara itu, Itali menjadi negara pertama yang mengharamkan DeepSeek atas alasan privasi.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Taiwan Haramkan Agensi Kerajaan Guna DeepSeek
  • Australia Turut Haramkan DeepSeek Pada Peranti Kerajaan
  • Korea Selatan Turut Haramkan Akses DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY