Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DeepSeek_featured image 2

Taiwan Haramkan Agensi Kerajaan Guna DeepSeek

Diterbitkan Februari 3, 2025 ยท Dikemas kini Februari 3, 2025 oleh Amalina Athman

Taiwan kini mengharamkan agensi kerajaan daripada menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) syarikat pemula dari China, DeepSeek, kerana dianggap sebagai risiko keselamatan.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Taiwan Cho Jung-tai mengumumkan bahawa penggunaan DeepSeek di semua agensi kerajaan diharamkan bagi memastikan keselamatan maklumat negara.

Kenyataan itu juga menyebut terdapat kebimbangan mengenai tapisan kandungan di DeepSeek dan risiko data yang mungkin akan jatuh ke tangan pihak China.

Sebelum ini, Menteri Digital Taiwan berkata jabatan kerajaan tidak seharusnya menggunakan DeepSeek, tetapi tidak menyatakan secara spesifik bahawa ia diharamkan.

Selain Taiwan, pihak berkuasa di beberapa negara termasuk Korea Selatan, Perancis, Itali dan Ireland juga sedang menyiasat dakwaan penggunaan data peribadi oleh DeepSeek.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan
  • Kenali Kimi k1.5 - Model AI Terbaru Dari China, Setanding OpenAI o1, Percuma Dan Tanpa Had
  • Kerajaan Kaji Impak Platform DeepSeek Kepada Malaysia - Gobind Singh

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY