Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DeepSeek_featured image (1)

Korea Selatan Turut Haramkan Akses DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

Diterbitkan Februari 7, 2025 ยท Dikemas kini Februari 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Kementerian Kewangan Korea Selatan merancang untuk menyekat akses kepada perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, atas kebimbangan keselamatan data.

Langkah ini diambil selepas menerima pelbagai kebimbangan teknikal mengenai DeepSeek dari sumber domestik dan antarabangsa. Sekatan ini akan dikenakan ke atas komputer yang disambungkan ke rangkaian luaran.

Tindakan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menghalang potensi kebocoran maklumat sensitif melalui perkhidmatan AI generatif.

Sebelum ini, akses kepada platform tersebut telah disekat pada komputer yang digunakan oleh kementerian luar negeri, perdagangan, dan pertahanan.

Selain itu, Kementerian Penyatuan Korea Selatan juga merancang untuk menyekat akses kepada perkhidmatan AI, termasuk DeepSeek, bagi mencegah pendedahan data rasmi yang tidak didedahkan.

Terdahulu, AI DeepSeek turut diharamkan di Taiwan dan juga Australia. Sementara di Malaysia, kerajaan akan mengkaji impak platform tersebut di negara ini.

Berkaitan

  • Taiwan Haramkan Agensi Kerajaan Guna DeepSeek
  • DeepSeek Dilaporkan Guna 50 Ribu GPU Nvidia, Labur ~RM7.52 Bilion Untuk Pelayan
  • Australia Turut Haramkan DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

Sumber: bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY