Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda

Posted on Disember 15, 2024Januari 16, 2025

Servis selepas jualan antara menjadi faktor utama untuk menarik pengguna dalam membeli sesebuah produk.

Tapi tidak semua mampu menawarkan tawaran yang hebat sepertimana HUAWEI di mana ia kini meraikan para pelangganya dengan ganjaran berupa pelbagai bentuk termasuklah faedah yang menakjubkan, diskaun hebat serta hadiah percuma untuk membaiki peranti mereka.

Peranti itu pula tidak hanya terhad untuk telefon pintar semata-mata sebaliknya ia meliputi tablet, peranti boleh pakai dan komputer riba HUAWEI.

HUAWEI We Care You

Bersempena dengan ketibaan tahun baru 2025, HUAWEI Malaysia memberikan ganjaran kepada para pelanggan setianya dengan mengadakan program HUAWEI We Care You sdari 3 Januari 2025 sehingga 31 Mac 2025.

Menerusi program ini, para pengguna produk HUAWEI akan menikmati pelbagai faedah, termasuk pembaikan di luar jaminan tanpa kos buruh, pelindung skrin percuma, pemasangan sistem PC, diskaun Huawei Care dan terima hadiah percuma di Pusat Khidmat Pelanggan HUAWEI terpilih yang terdekat dengan anda.

1. Jimat kos baik pulih peranti sehingga RM80

Menerusi program HUAWEI We Care You, anda boleh menikmati penjimatan kos baik pulih peranti sehingga RM80 untuk pembaikan peranti yang sudah di luar jaminan.

Tawaran ini meliputi semua peranti HUAWEI iaitu telefon pintar, komputer riba, tablet, jam pintar dan lain-lain.

Tiada caj buruh untuk peranti di luar jaminan. Nikmati tawaran eksklusif ini di Pusat Servis Sah HUAWEI terdekat anda, dari 3 Januari hingga 31 Mac 2025.

2. Pelindung skrin PERCUMA

Program HUAWEI We Care You juga menawarkan aksesori pelindung skrin percuma untuk masa terhad. Aksesori pelindung skrin ini ditawarkan untuk pengguna telefon pintar dan jam pintar HUAWEI.

Anda boleh menikmati tawaran ini di Pusat Khidmat Pelanggan terpilih di seluruh negara di mana anda digalakkan untuk melawat awal ke pusat-pusat tersebut untuk mendapatkan faedah ini.

Tawaran pelindung skrin percuma ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan terhad untuk menuntut sekali sahaja bagi setiap pelanggan.

3. Pemasangan Semula Sistem PC secara Percuma

Tawaran ini pastinya akan melegakan ramai pengguna komputer riba HUAWEI khususnya kerana tiada lagi kebimbangan kos tambahan yang diperlukan jika sistem komputer riba mereka perlu dipasang semula.

Isu ini biasa terjadi apabila komputer tersebut mempunyai terlalu banyak aplikasi dan fail yang bertaburan dalam storan atau wujud virus secara tidak sedar yang menyelinap masuk ke dalam komputer riba sehingga komputer riba menjadi perlahan atau kurang berprestasi dari sepatutnya.

Malah lebih membimbangkan adalah risiko kebocoran data dan pelanggaran privasi pengguna.

Jadi, dengan adanya tawaran percuma pemasangan semula sistem PC ini, pengguna PC HUAWEI boleh memastikan PC mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Tawaran ini percuma untuk peranti yang dibeli dalam tempoh lima tahun terakhir. Kos penghantaran peranti untuk dibaik pulih juga adalah percuma.

4. Diskaun HUAWEI Care

HUAWEI juga menawarkan diskaun untuk pembelian HUAWEI Care. Ini sekali gus membolehkan anda menikmati perlindungan komprehensif seperti lanjutan jaminan untuk telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, dan komputer riba pada harga yang lebih berpatutan dengan diskaun sehingga 40% daripada harga asal.

Dengan HUAWEI Care, peranti anda dilindungi daripada kos pembaikan yang tidak dijangka, memastikan prestasi dan kebolehpercayaan jangka panjang.

HUAWEI Care adalah Waranti Lanjutan satu tahun sebagai tambahan kepada waranti peranti standard. Semasa tempoh sah waranti, kecacatan peranti yang disebabkan oleh faktor bukan manusia boleh diperbaiki oleh Pusat Servis Sah HUAWEI tanpa sebarang bayaran yang berkaitan dengan diagnosis, alat ganti atau kos buruh.

Untuk menikmati diskaun sehingga 40% serta mengetahui peranti yang layak untuk HUAWEI Care, sila lawati HUAWEI Experience Store atau Pusat Servis Sah HUAWEI yang terdekat dengan anda.

5. Baik pulih peranti dan dapat hadiah Percuma bernilai sehingga RM129

Tidak cukup dengan tawaran di atas, HUAWEI menjadikannya lebih menarik dengan menawarkan lagi hadiah percuma selepas pembaikan bernilai sehingga RM129.

Hadiah terhad kepada seorang pelanggan dengan hadiah mungkin berbeza mengikut lokasi dan terhad kepada tuntutan sekali bagi setiap pelanggan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus mengunjungi Pusat Servis HUAWEI tempatan.

Apa yang dapat disimpulkan, HUAWEI Service Giving Season bukan sekadar promosi tetapi adalah sebahagian daripada komitmen berterusan HUAWEI untuk mengutamakan kepuasan pelanggan mereka dengan sentiasa menambah baik tawaran perkhidmatannya. 

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/12/15100646/Free-Gift-Video.mp4

Untuk menyertai kempen ini dan maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan https://consumer.huawei.com/my/support/service-giving-season-2024/ mengenai kelayakan dan terma, atau mengunjungi mana-mana Pusat Servis Pelanggan HUAWEI yang sah.

Anda juga boleh menghubungi talian hotline di 1800-22-0086.

Jadi, cepat sertai kempen ini sekarang yang akan berakhir pada 31 Mac 2025.

*Artikel ini dibawakan Huawei Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress