Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DeepSeek_featured image (1)

Populariti Melonjak, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai DeepSeek – Saingan ChatGPT

Diterbitkan Januari 28, 2025 ยท Dikemas kini Januari 28, 2025 oleh Amalina Athman

DeepSeek, bot sembang yang dibangunkan oleh syarikat kecerdasan buatan dari China, telah melonjak ke carta teratas di App Store pada minggu ini – mengalahkan ChatGPT dari OpenAI sebagai aplikasi percuma paling banyak dimuat turun.

DeepSeek _1

Muat turun DeepSeek ‘meroket’

Muat turun untuk aplikasi DeepSeek naik mendadak sejurus selepas DeepSeek melancarkan model penaakulan (reasoning) R1 baharunya pada 20 Januari, yang direka untuk menyelesaikan masalah kompleks dan dikatakan berprestasi setanding dengan model GPT-o1ย pada beberapa penanda aras tertentu.

๐Ÿš€ DeepSeek-R1 is here!

โšก Performance on par with OpenAI-o1
๐Ÿ“– Fully open-source model & technical report
๐Ÿ† MIT licensed: Distill & commercialize freely!

๐ŸŒ Website & API are live now! Try DeepThink at https://t.co/v1TFy7LHNy today!

๐Ÿ‹ 1/n pic.twitter.com/7BlpWAPu6y

— DeepSeek (@deepseek_ai) January 20, 2025

DeepSeek-R1 merupakan sumber terbuka

Menurut syarikat pemula itu, DeepSeek-R1 dikuasakan oleh model sumber terbuka, yang dikatakan boleh dilatih pada kos jauh lebih rendah menggunakan cip yang lebih sedikit berbanding model-model utama lain.

Populariti Melonjak, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai DeepSeek – Saingan ChatGPT

Disebabkan DeepSeek-R1 adalah sumber terbuka, sesiapa sahaja boleh mengakses dan mengubah suainya mengikut tujuan mereka sendiri. Ia juga membolehkan pengaturcara melihat cara ia berfungsi dan memahaminya dengan lebih mendalam.

Model sumber terbuka dianggap penting untuk mengembangkan penggunaan AI kerana pengaturcara boleh membangunkan aplikasi berasaskan model tersebut tanpa perlu menghabiskan kos lebih tinggi untuk membangunkan model mereka sendiri.

Kos latihan DeepSeek

R1 dibangunkan berdasarkan DeepSeek-V3 LLM yang dilancarkan DeepSeek pada Disember, yang mana syarikat itu mendakwa setanding dengan GPT-4o dan Claude 3.5 Sonnet dari Anthropic, serta menelan kos latihan hanya sekitar $5.58 juta (~RM24.5 juta). Sebagai perbandingan, CEO OpenAI, Sam Altman, menyatakan bahawa kos latihan GPT-4 melebihi $100 juta.

Populariti Melonjak, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai DeepSeek – Saingan ChatGPT
Penanda aras DeepSeek-V3

DeepSeek juga mendakwa hanya memerlukan kira-kira 2,000 cip khusus daripada Nvidia untuk melatih V3, berbanding 16,000 atau lebih yang diperlukan untuk melatih model terkemuka, menurut New York Times.

Ketersediaan

DeepSeek mempunyai versi web dan aplikasi percuma – boleh diakses melalui chat.deepseek.com atau muat turun di Apple App Store/Google Play Store, serta API yang kosnya jauh lebih rendah berbanding API OpenAI untuk akses ke model paling canggih mereka.

๐ŸŒ API Access & Pricing

โš™๏ธ Use DeepSeek-R1 by setting model=deepseek-reasoner
๐Ÿ’ฐ $0.14 / million input tokens (cache hit)
๐Ÿ’ฐ $0.55 / million input tokens (cache miss)
๐Ÿ’ฐ $2.19 / million output tokens

๐Ÿ“– API guide: https://t.co/Qf97ASptDD

๐Ÿ‹ 5/n pic.twitter.com/v5ho1VOex5

— DeepSeek (@deepseek_ai) January 20, 2025

Model penaakulannya dikenakan bayaran $0.14 bagi satu juta token input yang disimpan, berbanding $7.50 bagi satu juta token input yang disimpan untuk model o1 OpenAI.

Saingan teknologi AS

Nvidia, syarikat yang berpangkalan di AS yang menghasilkan cip AI berkuasa, nampaknya telah terjejas teruk dengan sahamnya menjunam 17% – mencatatkan kerugian peratusan harian terburuk sejak Mac 2020.

Sekiranya momentum DeepSeek terus meningkat, ia pastinya akan memberikan persaingan, tekanan serta menggugat dominasi teknologi Amerika Syarikat dalam bidang AI.

Tidak perlu tunggu lama, perkara ini telah pun diakui oleh CEO OpenAI Sam Altman. Menurutnya, DeepSeek-R1 adalah model mengagumkan, terutamanya dari segi tawaran yang diberikan pada harga sedemikian.

deepseek's r1 is an impressive model, particularly around what they're able to deliver for the price.

we will obviously deliver much better models and also it's legit invigorating to have a new competitor! we will pull up some releases.

— Sam Altman (@sama) January 28, 2025

{suggest}

Sumber: DeepSeek

Rujukan: The Verge, Sea Mashable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY