Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Smart cockpit geely xingrui

Geely Integrasikan AI DeepSeek Ke Dalam Model EV, Percepat Penggunaan AI Dalam Automotif

Diterbitkan Februari 10, 2025 · Dikemas kini Februari 10, 2025 oleh ariff bukhari

Pada 6 Februari lepas, Geely telah mengumumkan integrasi model AI yang dibangunkannya sendiri dengan model R1 DeepSeek untuk meningkatkan interaksi manusia-komputer dan pemanduan pintar dalam kenderaan pintar.

Langkah ini bertujuan mempercepat penggunaan teknologi AI dalam industri automotif.

Seterusnya, Geely akan menjalankan latihan yang dipanggil sebagai ‘penyulingan’ pada model AI Xingrui untuk meningkatkan kawalan kereta menggunakan DeepSeekR1.

Latihan penyulingan ini adalah teknik di mana model AI yang lebih besar melatih model yang lebih kecil untuk meningkatkan kecekapan.

Geely telah mendedahkan model AI Xingrui pada Januari lepas semasa acara CES 2025 di mana ia merupakan model AI automotif pertama di dunia yang dibangunkan secara penuh.

Model ini merangkumi bahasa, multimodal, dan kembar digital.

Geely Full-Domain AI

Kerjasama ini selaras dengan trend industri automotif China, di mana AI dan pengkomputeran awan digunakan untuk meningkatkan daya saing kenderaan tenaga baharu (NEV).

Ia juga mengukuhkan lagi kedudukan Geely sebagai peneraju dalam membawa teknologi AI ke sektor automotif.

Berkaitan

  • PROTON Buka Pusat R&D Di Institut Penyelidikan Geely Bagi Bangunkan Generasi Kenderaan Baharu
  • Geely Cipta Bateri EV Baharu, Mampu Bertahan Sehingga 1 Juta Km
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Sumber: CarNewsChina, Geely

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY