Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DeepSeek_kredit Security Week

Australia Turut Haramkan DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

Diterbitkan Februari 5, 2025 oleh Amalina Athman

Australia kini mengharamkan DeepSeek daripada semua peranti kerajaan atas kebimbangan bahawa syarikat kecerdasan buatan (AI) dari China itu menimbulkan risiko keselamatan.

Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri mengeluarkan arahan mandatori kepada semua entiti kerajaan untuk menghalang penggunaan atau pemasangan produk, aplikasi dan perkhidmatan web DeepSeek, serta menghapuskan semua kewujudan produk, aplikasi dan perkhidmatan web DeepSeek yang telah dipasang dalam semua sistem dan peranti Kerajaan Australia.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tony Burke berkata DeepSeek menimbulkan “risiko yang tidak boleh diterima” terhadap teknologi kerajaan, dan larangan serta-merta ini diambil bagi melindungi keselamatan negara serta kepentingan nasional Australia, lapor beberapa media Australia pada Selasa.

Walau bagaimanapun, larangan ini tidak terpakai kepada peranti milik individu persendirian.

Keputusan Australia untuk mengharamkan DeepSeek susulan tindakan yang sama di Itali, manakala negara-negara lain seperti Korea Selatan, Perancis dan Ireland juga sedang menyiasat syarikat AI ini.

Selain Australia, Taiwan terlebih dahulu menguatkuasakan larangan penggunaan DeepSeek oleh agensi kerajaan pada awal minggu ini.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Kerajaan Kaji Impak Platform DeepSeek Kepada Malaysia - Gobind Singh
  • Taiwan Haramkan Agensi Kerajaan Guna DeepSeek
  • DeepSeek Dilaporkan Guna 50 Ribu GPU Nvidia, Labur ~RM7.52 Bilion Untuk Pelayan

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY