Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Upgrade Dilancarkan Di Amerika Syarikat – Program Pajakan Untuk Peranti Apple

Apple Upgrade Dilancarkan Di Amerika Syarikat – Program Pajakan Untuk Peranti Apple

Diterbitkan Julai 28, 2026 ยท Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini memperkenalkan Apple Upgrade, program pajakan (leasing) baharu yang membolehkan pengguna mendapatkan iPhone, Apple Watch, Mac dan iPad menerusi bayaran bulanan. Program ini disediakan dengan kerjasama Klarna dan kini dilancarkan di Amerika Syarikat.

Apple Upgrade tersedia menerusi Apple Store dalam talian, aplikasi Apple Store dan semua Apple Store di negara itu. Untuk iPhone dan Apple Watch, pelanggan boleh memilih tempoh pajakan selama 12 atau 24 bulan, manakala Mac dan iPad ditawarkan dengan pilihan 24 atau 36 bulan.

Bagaimanapun, Apple memaklumkan iPhone 16, iPhone 16 Plus, Apple Watch SE, MacBook Neo, Mac mini, iPad (A16) serta Studio Display tidak ditawarkan di bawah program ini.

Apple Upgrade Dilancarkan Di Amerika Syarikat – Program Pajakan Untuk Peranti Apple

Bayaran bulanan bermula daripada AS$17.99 (~RM73.62) untuk iPhone, AS$11.99 (~RM49.06) bagi Apple Watch, AS$24.99 (~RM102.26) untuk Mac dan AS$11.99 (~RM49.06) bagi iPad. Pelanggan yang menyertai program ini buat kali pertama juga boleh mengurangkan bayaran bulanan dengan menukar peranti lama melalui Apple Trade In.

Selepas tempoh pajakan berakhir, pengguna boleh memilih sama ada menaik taraf kepada model terbaharu, membeli peranti tersebut dengan bayaran sekali gus atau memulangkannya untuk keluar daripada program.

AppleCare tidak disertakan dalam Apple Upgrade. Namun, pengguna boleh menambah langganan tersebut sebagai pilihan untuk melindungi peranti mereka. Menurut Apple, langganan AppleCare juga memudahkan proses pemulangan peranti semasa dan naik taraf kepada model baharu.

Seiring pelancaran Apple Upgrade, Apple turut mengesahkan penamatan iPhone Upgrade Program dan iPhone Payments di negara itu.

Sebelum ini, sesetengah pemerhati berpendapat program seumpama ini berpotensi membantu Apple mengawal pasaran peranti terpakai dengan lebih baik.

Buat masa ini, Apple Upgrade hanya diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat dan belum diketahui sama ada program ini akan diperluaskan ke pasaran lain.

Berkaitan

  • Apple Kemas Kini Harga iPad Di Malaysia - iPad Pro Kini RM1,000 Lebih Mahal
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Apple Kembali Dengan Tawaran Pelajar 2026 - 'Gift Card' Sehingga RM600 Untuk MacBook, iPad Terpilih
  • Apple Music Di Malaysia Naik Harga, Pelan Individu Kini Cecah RM17.90/Bulan
  • Apple Dilapor Bakal Lancarkan 'Apple Upgrade' - Program Langganan Untuk iPhone, iPad, Mac Dan Apple Watch
  • Apple Dilapor Sedang Uji Cip DRAM CXMT, Saham Cip China Melonjak 470%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY