Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone 17, AFP

Apple Dilapor Bakal Lancarkan ‘Apple Upgrade’ – Program Langganan Untuk iPhone, iPad, Mac Dan Apple Watch

Diterbitkan Julai 22, 2026 · Dikemas kini Julai 22, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilapor akan memperkenalkan program langganan peranti baharu dikenali sebagai Apple Upgrade di Amerika Syarikat bermula 28 Julai, sebagai usaha untuk meningkatkan jualan perantinya.

Menurut Bloomberg, program itu akan menyokong kebanyakan model iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch, dengan Klarna Group bertindak sebagai rakan pembiayaan.

Melalui Apple Upgrade, pengguna boleh membuat bayaran secara bulanan, melangsaikan baki peranti lebih awal, menaik taraf kepada model baharu sebelum tempoh perjanjian tamat atau terus memiliki peranti tersebut selepas tempoh sewa berakhir.

Apple juga dilaporkan akan menawarkan program ini di Apple Store serta melalui kedai dalam taliannya. Syarikat itu dikatakan akan memasarkan Apple Upgrade sebagai pilihan dengan bayaran bulanan yang lebih rendah berbanding program pembiayaan sedia ada.

Pada masa sama, Apple dijangka menghentikan pendaftaran baharu untuk iPhone Upgrade Program di AS bagi memberi laluan kepada Apple Upgrade.

Bagaimanapun, Apple Upgrade tidak akan menyertakan perlindungan AppleCare. Selain itu, beberapa model seperti Apple Watch SE, iPad standard, iPhone 16 dan MacBook Neo turut dilaporkan tidak layak menyertai program tersebut. Pembelian untuk perniagaan dan institusi pendidikan juga akan dikecualikan.

Another big difference with the iPhone Upgrade Program is this doesn’t include AppleCare. https://t.co/hciMVX4SCg

— Mark Gurman (@markgurman) July 21, 2026

Pelancaran Apple Upgrade hadir ketika Apple telah menaikkan harga iPad, MacBook dan beberapa peranti lain, namun masih mengekalkan harga iPhone. Menurut laporan itu, syarikat tersebut berdepan peningkatan kos cip memori dan storan susulan permintaan tinggi daripada pembangunan pusat data bagi kecerdasan buatan (AI).

Sesetengah pemerhati berpendapat Apple Upgrade bukan sekadar bertujuan menawarkan bayaran bulanan lebih rendah, malah berpotensi membantu Apple mengawal pasaran peranti terpakai dengan lebih baik.

Melalui pendekatan ini, lebih banyak iPhone, iPad dan Mac dijangka kembali kepada Apple untuk dibaik pulih serta dijual semula, sekali gus memastikan bekalan peranti terpakai berkualiti terus tersedia walaupun pengguna kini semakin lama menggunakan peranti mereka sebelum menaik taraf.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple Kembali Dengan Tawaran Pelajar 2026 - 'Gift Card' Sehingga RM600 Untuk MacBook, iPad Terpilih
  • Apple Music Di Malaysia Naik Harga, Pelan Individu Kini Cecah RM17.90/Bulan
  • Apple Pay Kini Tersedia Untuk Kad Kredit CIMB, Ini Cara Aktifkannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY