Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Music Di Malaysia Naik Harga, Pelan Individu Kini Cecah RM17.90/Bulan

Posted on Julai 18, 2026Julai 18, 2026

Apple kini menaikkan harga langganan Apple Music, sekali gus menamatkan tempoh hampir empat tahun tanpa sebarang perubahan harga sejak Oktober 2022.

Di Malaysia, pelan Individual kini berharga RM17.90 sebulan berbanding RM16.90 sebelum ini. Pelan Family pula meningkat kepada RM27.90 daripada RM25.90, manakala pelan Student naik kepada RM9.50 daripada RM8.90.

Harga baru
Harga lama

Kenaikan ini bukan sahaja melibatkan Malaysia, malah turut dilaksanakan di pasaran global lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa negara di Eropah.

Menurut Apple, pelarasan harga tersebut dibuat susulan peningkatan kos pelesenan kandungan muzik.

“Susulan peningkatan kos pelesenan, Apple Music menaikkan harga langganannya bermula hari ini,” kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Music Business Worldwide.

Bagi pelanggan baharu, harga baharu akan dikenakan serta-merta ketika melanggan Apple Music. Sementara itu, pelanggan sedia ada kebiasaannya hanya akan dikenakan kadar baharu pada kitaran bil berikutnya selepas dimaklumkan oleh Apple. Ini bermakna sesetengah pengguna mungkin masih dicaj pada harga lama untuk bil semasa sebelum perubahan tersebut mula berkuat kuasa.

Harga langganan terkini Apple Music.

Dalam perkembangan berkaitan, Apple turut menyelaraskan harga langganan iCloud+ di beberapa negara termasuk Nigeria, Türkiye, Vietnam, Jepun, Mesir, New Zealand, Filipina dan Indonesia.

Harga terkini iCloud+ setakat 18 Julai 2026
Harga terkini Apple One setakat 18 Julai 2026

Bagaimanapun, pengguna di Malaysia masih menikmati harga iCloud+ yang sama, sekurang-kurangnya buat masa ini. Langganan Apple One di Malaysia juga tidak mengalami sebarang perubahan harga.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress