Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem mySIKAP JPJ Akan Tergendala Sementara Pada 9-10 Mac

JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu

Diterbitkan November 23, 2026 ยท Dikemas kini November 23, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyeru orang awam untuk segera mengemas kini maklumat profil masing-masing, khususnya alamat tempat tinggal, alamat e-mel dan nombor telefon terkini.

Menurut JPJ, pengemaskinian maklumat tersebut diwajibkan selaras dengan ketetapan jabatan bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan digital. Langkah itu juga merupakan persediaan bagi pengenalan serta peluasan ciri dan fungsi baharu dalam perkhidmatan digital JPJ pada masa akan datang.

“Maklumat profil yang sah, tepat dan terkini amat penting bagi memastikan setiap inisiatif pendigitalan dapat dilaksanakan dengan lancar, sekali gus membolehkan orang awam mengakses pelbagai perkhidmatan JPJ dengan lebih mudah, pantas dan selamat, hanya di hujung jari,” menurut kenyataan JPJ.

Pengemaskinian maklumat profil boleh dilakukan melalui aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ atau dengan hadir ke mana-mana kaunter JPJ yang berdekatan. Bagi memudahkan urusan tersebut, JPJ turut menyediakan panduan pengemaskinian melalui aplikasi MyJPJ dan Portal Awam JPJ.

Berkaitan

  • Aplikasi MyJPJ Kini Berwajah Baru - Lebih Moden, Mesra Pengguna
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • JPJ Setuju Kembalikan Semula Perkhidmatan Tukar Hak Milik Kenderaan Dalam Talian - Anthony Loke

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
©2026 WISER.MY