Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Signal Tambah Perlindungan Skrin Bagi Hadkan Akses Pembantu AI

Signal Tambah Perlindungan Skrin Bagi Hadkan Akses Pembantu AI

Diterbitkan November 23, 2026 ยท Dikemas kini November 23, 2026 oleh Amalina Athman

Signal kini menambah perlindungan keselamatan pada aplikasinya bagi menghalang pembantu AI seperti Gemini dan Siri AI daripada mengakses mesej peribadi dan kandungan lain yang dipaparkan dalam aplikasinya.

Pada iOS 27, Signal memperkenalkan tetapan “Block Siri AI” yang boleh diaktifkan melalui bahagian Settings > Privacy. Apabila diaktifkan, tetapan ini menghalang Siri AI daripada mengakses kandungan Signal, selain menyekat tangkapan skrin dalam aplikasi.

Signal Tambah Perlindungan Skrin Bagi Hadkan Akses Pembantu AI

Bagi pengguna Android pula, Signal menggunakan ciri “Screen Security” sedia ada untuk menghalang tangkapan skrin dan mengehadkan akses pembantu AI kepada kandungan yang dipaparkan.

Ciri ini akan diaktifkan secara automatik apabila Signal mengesan cubaan pembantu AI mengakses paparan aplikasi. Bagaimanapun, perlindungan tersebut hanya tersedia pada versi Android yang menyokong pengesanan berkenaan.

Signal Tambah Perlindungan Skrin Bagi Hadkan Akses Pembantu AI

Untuk Signal Desktop, ciri Screen Security yang diperkenalkan tahun lalu turut melindungi kandungan aplikasi daripada dirakam oleh Microsoft Recall, ciri AI pada Windows 11 yang mengambil tangkapan skrin secara berkala untuk menghasilkan rekod aktiviti pengguna yang boleh dicari semula.

Dalam pada itu, Signal turut membangkitkan risiko daripada penggunaan ejen AI pihak ketiga seperti Muse milik Meta. Ejen AI seumpama ini berpotensi menggunakan kebenaran akses yang diberikan pengguna untuk melihat kandungan dalam aplikasi peribadi.

Perlu diketahui bahawa perlindungan yang diperkenalkan ini bukan penyelesaian menyeluruh. Signal mengakui menyekat tangkapan skrin sahaja tidak cukup untuk menghalang semua bentuk akses AI kepada data peribadi pengguna.

Buat masa ini, perlindungan seumpamanya juga belum dapat ditawarkan pada macOS kerana kekurangan API dan sokongan teknikal yang sesuai. Sebaliknya, pengguna boleh mengecualikan Signal daripada akses Siri melalui tetapan sistem Mac melalui System Settings > Siri > Excluded Apps.

{suggets}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Kerajaan Teliti Cadangan Wajibkan Pengesahan Identiti Akaun WhatsApp - Fahmi

Terbaru

  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
  • Jenama Telefon Terkini Dengan Android Asli
  • YTL Nafi Dakwaan Pusat Data Bantu Pemindahan GPU Nvidia Kepada Pelanggan China
  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
©2026 WISER.MY