Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Verified Android App Ecosystem

Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027

Diterbitkan November 23, 2026 oleh Amalina Athman

Google akan memperluas sistem pengesahan pembangun Android secara global mulai Januari 2027, termasuk untuk aplikasi yang dipasang melalui sumber selain Google Play.

Perlindungan ini mula berkuat kuasa pada 30 September 2026 untuk gedung aplikasi yang mengambil bahagian di Brazil, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Pelaksanaan global pula akan bermula pada Januari 2027 dengan kerjasama tujuh pengedar aplikasi, iaitu Google Play, Galaxy Store, HONOR, OPPO, Xiaomi, Transsion dan vivo. Perlindungan pengguna kemudiannya akan diperluas secara berperingkat ke semua negara dalam tempoh beberapa bulan, sehingga meliputi semua sumber pemasangan pada peranti Android yang diperakui.

Melalui sistem ini, pembangun perlu mengesahkan identiti dan mendaftarkan aplikasi sebelum ia boleh dipasang pada peranti Android yang terlibat. Langkah tersebut diperkenalkan bagi menyukarkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan identiti tanpa nama untuk menyebarkan aplikasi berbahaya berulang kali.

Bagaimanapun, perubahan ini tidak bermakna pemasangan aplikasi secara terus atau sideloading akan dihentikan. Pembangun masih boleh mengedarkan aplikasi melalui mana-mana gedung aplikasi pilihan atau terus kepada pengguna, tetapi aplikasi tersebut tetap perlu memenuhi keperluan pendaftaran.

Google turut menyediakan advanced flow yang membolehkan pengguna berpengalaman memasang aplikasi daripada pembangun yang belum disahkan sekiranya mereka bersedia menerima risikonya. Langkah ini disediakan bagi mengekalkan fleksibiliti Android, sambil memastikan perlindungan tambahan terhadap penipuan yang menyasarkan pengguna biasa.

Bagi pembangun yang mengedarkan aplikasi di luar Google Play, mereka boleh menggunakan Android Developer Console untuk mengesahkan identiti dan mendaftarkan aplikasi.

Sementara itu, pembangun Google Play boleh menyemak status pendaftaran aplikasi melalui Google Play Console dan melengkapkan pendaftaran bagi aplikasi yang masih belum didaftarkan, termasuk yang diedarkan melalui saluran lain.

Berkaitan

  • Google Mula Lancarkan ‘Advanced Flow’ Untuk 'Sideload' Aplikasi Android
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
  • Jenama Telefon Terkini Dengan Android Asli
  • YTL Nafi Dakwaan Pusat Data Bantu Pemindahan GPU Nvidia Kepada Pelanggan China
  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
©2026 WISER.MY