Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
promosi Apple Education (1)

Apple Kembali Dengan Tawaran Pelajar 2026 – ‘Gift Card’ Sehingga RM600 Untuk MacBook, iPad Terpilih

Diterbitkan Julai 16, 2026 ยท Dikemas kini Julai 16, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini kembali dengan College Student Offer 2026 yang menawarkan Apple Store Gift Card bernilai sehingga RM600 untuk pembelian MacBook dan iPad terpilih. Berlangsung sehingga 27 Ogos 2026, tawaran ini terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi, pendidik serta ibu bapa yang membeli bagi pihak anak yang layak.

Menerusi promosi ini, pembeli boleh mendapatkan Apple Store Gift Card apabila membeli model MacBook atau iPad terpilih melalui laman Apple Education Store, Apple Store fizikal atau talian telefon Apple di Malaysia.

Bagi kategori MacBook, pembelian MacBook Air melayakkan pembeli menerima kad hadiah bernilai RM400, manakala MacBook Pro hadir dengan kad hadiah RM600. Untuk kategori iPad pula, pembelian iPad Air atau iPad Pro disertakan dengan Apple Store Gift Card bernilai RM400.

promosi Apple Store Gift Card

Kad hadiah tersebut boleh digunakan untuk pembelian akan datang di Apple Store, termasuk aksesori dan produk Apple lain yang tersedia.

Namun, tidak semua peranti Apple termasuk dalam promosi ini. MacBook Neo, iPad mini, iPad, iMac tidak layak menerima tawaran tersebut.

promosi Apple Store Gift Card_00

Dari segi kelayakan, promosi ini terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti atau baru diterima masuk ke universiti, politeknik, kolej vokasional atau kolej teknikal. Pensyarah, guru dan kakitangan institusi pendidikan turut layak, manakala ibu bapa boleh membuat pembelian bagi pihak anak yang memenuhi syarat.

Untuk pembelian secara dalam talian, Apple memerlukan pengesahan status pelajar atau pendidik melalui UNiDAYS sebelum pembelian dapat diselesaikan.

Tawaran pelajar ini merupakan kempen tahunan Apple yang biasanya diadakan menjelang musim kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi. Berbeza dengan beberapa negara lain yang menawarkan hadiah fizikal seperti AirPods atau AirTag, Apple menggunakan Apple Store Gift Card sebagai ganjaran pembelian untuk pasaran Malaysia tahun ini.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple Kemas Kini Harga iPad Di Malaysia - iPad Pro Kini RM1,000 Lebih Mahal
  • Semua Model Mac Turut Naik Harga - MacBook Neo Kini Bermula RM2,999
  • Apple Dijangka Lancar Mac Studio M5 Ultra Dengan Sokongan Sehingga 768GB RAM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY