Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CXMT DDR5

Apple Dilapor Sedang Uji Cip DRAM CXMT, Saham Cip China Melonjak 470%

Diterbitkan Julai 27, 2026 · Dikemas kini Julai 27, 2026 oleh ariff bukhari

Pengeluar cip memori terkemuka China melonjak sebanyak 470 peratus pada kemunculan sulungnya di pasaran saham Shanghai pada Isnin, mengatasi seketika gergasi perbankan ICBC sebagai syarikat paling bernilai di tanah besar negara itu.

Perlumbaan global untuk membina pusat data yang mampu melatih dan menjalankan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah mencetuskan kekurangan cip memori yang ketara dan menyemarakkan perniagaan bagi syarikat-syarikat yang menghasilkannya.

ChangXin Memory Technologies (CXMT) berhasrat untuk menyaingi gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics dan SK hynix, serta pengeluar cip AS, Micron.

Syarikat yang berpangkalan di Anhui itu telah meraih dana sebanyak 66.6 bilion yuan (sekitar RM40.43 bilion) melalui penjualan saham yang sangat berjaya, lapor Bloomberg News, ketika China semakin bergantung pada perkakasan buatan tempatan untuk memperkukuh kedudukannya dalam perlumbaan AI.

Ia merupakan penjualan saham teknologi tanah besar terbesar dalam sejarah China—mengatasi rekod 46.3 bilion yuan yang diraih oleh Semiconductor Manufacturing International Corp (SMIC) pada tahun 2020.

Pada Isnin, saham CXMT melonjak tinggi di Pasaran STAR Shanghai yang berfokuskan teknologi, sekali gus membawa permodalan pasaran syarikat itu mencecah setinggi 3.3 trilion yuan ($490 bilion).

Cip memori canggih kini mendapat permintaan global yang sangat tinggi sebagai komponen penting dalam pelayan (server) AI.

Keadaan ini telah menyebabkan keuntungan pengeluar melonjak tinggi dan mencetuskan kekurangan utama bagi cip memori DRAM biasa yang digunakan dalam komputer, telefon bimbit, serta peranti elektronik lain, sekali gus menaikkan harga pasaran.

Gergasi AS, Apple, yang turut terkesan dengan masalah kekurangan ini, dilaporkan sedang menguji cip DRAM keluaran CXMT untuk digunakan dalam produk-produk mereka.

CXMT berada dalam senarai Pentagon bagi syarikat-syarikat China yang didakwa mempunyai kaitan dengan pihak ketenteraan, walaupun status itu tidak melarang syarikat AS daripada memeterai perjanjian dengan mereka.

Diasaskan pada tahun 2016, CXMT merupakan pengeluar cip DRAM keempat terbesar di dunia dengan menguasai hampir lapan peratus pasaran, di belakang Samsung, SK hynix, dan Micron. – AFP

Berkaitan

  • Hampir 1/3 Pekerja Adalah Wanita, Inilah Kisah SK hynix, Daripada Hampir Muflis Kini Bernilai $1 Trilion
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • CXMT Dijangka Menyamai Kapasiti Pengeluaran DRAM Micron Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY