Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Store Malaysia web_1

Apple Store Malaysia Kini Tawar ‘Trade In’, Ansuran Bulanan

Diterbitkan Mac 26, 2024 · Dikemas kini Mac 26, 2024 oleh Amalina Athman

Menjelang pembukaan Apple Store di The Exchange TRX tidak lama lagi, kedai dalam talian dan aplikasi Apple Store Malaysia nampaknya mula menawarkan perkhidmatan trade-in atau tukar beli serta ansuran bulanan kad kredit tanpa faedah 0%.

Berkaitan

  • 9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Perkhidmatan Trade In

Dengan Apple Trade In, pengguna boleh tukar beli iPhone, Mac, Apple Watch atau iPad, termasuk produk yang diukir oleh Apple.

Apple Trade In_

Perlu diketahui, sebut harga nilai tukar beli dianggarkan sahaja dan nilai sebenar mungkin lebih rendah daripada anggaran. Nilai tukar beli berbeza berdasarkan keadaan, tahun pengeluaran dan model peranti.

Apple Trade In_1
Apple Trade In_2
Apple Trade In_3
Apple Trade In_4

Pengguna perlu menjawab beberapa soalan dan sebaik sahaja Apple menerima peranti dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mengesahkan keadaannya, pengguna akan menerima bayaran balik.

Ansuran bulanan

Selain tukar beli, Apple Store Malaysia kini turut menawarkan pembelian secara ansuran dengan kad kredit tanpa faedah 0%. Pengguna boleh memilih ansuran bulanan sama ada selama 6, 12 atau 24 bulan.

Ansuran kad kredit tanpa faedah boleh didapati daripada senarai bank di bawah, dengan minimum pesanan RM2,000.

Apple Ansuran_1

Namun begitu, perlu diketahui tawaran ansuran hanya tersedia kepada pelanggan individu yang menggunakan kad kredit. Pembelian menggunakan AMEX dan kad debit tidak layak untuk tawaran ini.

Terdahulu, Apple turut menawarkan pelan AppleCare+ sejak Januari 2024. Sudah pastinya lebih banyak perkhidmatan Apple akan tersedia menjelang pembukaan Apple Store pertama di Malaysia.

Sumber: Apple Store Malaysia (1,2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY