Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Sahkan Acara Tahunan WWDC 2024 Akan Berlangsung Jun Ini

Apple Sahkan Acara Tahunan WWDC 2024 Akan Berlangsung Jun Ini

Diterbitkan Mac 27, 2024 · Dikemas kini Mac 27, 2024 oleh ariff bukhari

Apple hari ini mengumumkan Persidangan Pembangun Seluruh Dunia (WWDC) tahunannya yang akan berlangsung dari 10 hingga 14 Jun 2024 di Apple Park.

Percuma untuk semua pembangun, WWDC24 akan menampilkan pembangunan terkini untuk barisan sistem operasi mereka iaitu iOS, iPadOS, macOS, watchOS, tvOS dan yang terkini, visionOS.

WWDC24 akan menawarkan pengalaman bersemuka pada 10 Jun yang akan memberi pembangun peluang untuk menonton ucaptama di Apple Park, bertemu dengan ahli pasukan Apple dan mengambil bahagian dalam aktiviti khas.

Persidangan tahun ini juga akan merangkumi sesi video dan peserta berpeluang untuk melibatkan diri dengan pereka dan jurutera Apple serta berhubung dengan komuniti pembangun di seluruh dunia.

Apple berkata, pada 28 Mac, pemohon akan dimaklumkan tentang status mereka, dan pemenang akan layak untuk memohon pengalaman secara peribadi di Apple Park di mana Lima Puluh Pemenang Terbaik yang terpilih akan dijemput ke Cupertino untuk pengalaman selama 3 hari di sana.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY