Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Lancarkan iOS 26.6.2, Baiki Isu Muat Turun Kemas Kini Guna Data Selular

Posted on September 9, 2026

Apple kini mengeluarkan iOS 26.6.2 untuk pengguna iPhone 11 dan model lebih baharu.

Menurut Apple, kemas kini kecil ini membawakan satu pembaikan untuk isu yang menghalang muat turun kemas kini perisian melalui sambungan selular. Apple tidak menyenaraikan sebarang ciri baharu atau butiran pembaikan lain untuk kemas kini ini.

Pengguna boleh memasang iOS 26.6.2 melalui Settings > General > Software Update > Update Now pada iPhone masing-masing. Pada masa sama, Apple turut menyediakan iPadOS 26.6.2 untuk iPad dengan pembaikan yang sama.

Kemas kini ini hadir ketika Apple semakin hampir dengan pelancaran iOS 27. Apple sebelum ini mengesahkan iOS 27 akan hadir pada musim luruh bersama sejumlah penambahbaikan, termasuk Apple Intelligence generasi baharu dan Siri AI.

Apple turut dijadualkan mengadakan acara pada 10 September 2026, jam 1 pagi waktu Malaysia, dan tarikh pelancaran iOS 27 dijangka menjadi antara perkara yang diumumkan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress