Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Company_2

Apple Dilapor Minta Kelulusan Pentadbiran Trump Untuk Beli Cip Memori Dari Syarikat China

Diterbitkan Jun 29, 2026 · Dikemas kini Jun 29, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan dalam usaha mendapatkan kelulusan daripada pentadbiran Trump bagi membolehkan syarikat itu membeli cip memori daripada pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT).

Menurut laporan Financial Times yang dipetik 9to5Mac, Apple mahu mendapatkan “restu” daripada Rumah Putih untuk membeli cip memori daripada CXMT bagi membantu mengurangkan tekanan kewangan susulan kenaikan harga cip memori.

Laporan itu turut mendakwa Apple telah menghubungi Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kira-kira sebulan lalu sebelum memperluas usaha melobinya baru-baru ini.

Walaupun Apple secara teknikal tidak dilarang membeli cip daripada CXMT atau YMTC, kedua-dua syarikat itu berada dalam senarai hitam Chinese Military Company yang dikeluarkan Pentagon. Status tersebut menjadikan sebarang kerjasama dengan syarikat AS, termasuk Apple, lebih rumit kerana melibatkan pertimbangan berkaitan keselamatan negara.

Perkembangan ini hadir hanya beberapa hari selepas Apple mengumumkan kenaikan harga beberapa produk termasuk iPad dan Mac. Syarikat itu menjelaskan kenaikan tersebut berpunca daripada peningkatan kos cip memori dan storan.

Sebelum ini, CEO Apple Tim Cook, turut mengakui syarikat itu tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga.

Sementara itu, penganalisis Ming-Chi Kuo berpandangan pembelian DRAM daripada CXMT tidak akan mengurangkan kos atau menyelesaikan kekurangan bekalan cip memori secara ketara. Sebaliknya, beliau berkata langkah itu lebih bertujuan mengurangkan risiko kekurangan bekalan dengan mempelbagaikan sumber bekalan, memandangkan ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan cip memori global dijangka terus meningkat sehingga 2027.

Setakat ini, belum diketahui sama ada pentadbiran AS akan meluluskan permohonan tersebut.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Akan Naikkan Harga Susulan Krisis Bekalan Cip Memori, Tim Cook Kata "Tak Dapat Dielakkan"
  • Krisis Memori Kini Melarat Ke RAM DDR2, Harga Melonjak 60%
  • Apple Dijangka Lancar Mac Studio M5 Ultra Dengan Sokongan Sehingga 768GB RAM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY