Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mac Studio

Apple Dijangka Lancar Mac Studio M5 Ultra Dengan Sokongan Sehingga 768GB RAM

Diterbitkan Jun 26, 2026 oleh Amsyar Latif

Apple sedang melakukan perubahan besar pada hala tuju cip Mac mereka. Menurut laporan Bloomberg, syarikat itu akan melancarkan cip M6 asas tahun ini, tetapi skip varian paling tinggi M6 (Pro, Max, Ultra) dan terus melompat ke generasi M7 Pro, M7 Max serta M7 Ultra.

Perubahan ini bertujuan mempercepatkan kemajuan ciri AI pada Mac premium. Cip M7 dijangka membawa peningkatan ketara pada Neural Engine dan lebar jalur memori yang mana M6 diunjurkan 200 GB/s, manakala M7 naik ke 240 GB/s.

Sementara itu, Apple turut dilaporkan masih akan melancarkan Mac Studio baharu dengan M5 Ultra sekitar Oktober 2026. Cip ini dijangka mempunyai sehingga 36 teras CPU dan 80 teras GPU, dengan sokongan RAM sehingga 768GB di mana ia peningkatan besar berbanding model semasa.

Analis Max Weinbach di X turut mengulas bahawa keputusan Apple melangkau varian tinggi M6 ini agak mengejutkan, tetapi ia memberi ruang kepada M7 untuk membawa teknologi yang lebih matang, terutamanya dalam aspek AI dan prestasi memori.

https://x.com/mweinbach/status/2070193294466801887?s=20

Strategi ini dipercayai dipengaruhi oleh kekurangan cip memori global yang menyebabkan kelewatan dan kenaikan harga Mac sebelum ini. Dengan lompatan ke M7, Apple mahu memastikan Mac Pro, Mac Studio dan MacBook Pro high-end kekal relevan dengan permintaan AI yang semakin meningkat.

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi dari Apple. Pelancaran M5 Ultra Mac Studio dan cip M7 dijangka menjadi tumpuan utama pada 2026–2027.

Berkaitan

  • Apple Kemas Kini Harga iPad Di Malaysia - iPad Pro Kini RM1,000 Lebih Mahal
  • Semua Model Mac Turut Naik Harga - MacBook Neo Kini Bermula RM2,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY