Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DDR RAM

Krisis Memori Kini Melarat Ke RAM DDR2, Harga Melonjak 60%

Diterbitkan Jun 23, 2026 oleh ariff bukhari

Industri semikonduktor kini berdepan krisis luar biasa apabila memori DDR2, teknologi yang diperkenalkan sejak 2003 turut mengalami lonjakan harga mendadak.

Pada suku kedua 2026, harga DDR2 meningkat antara 55 sehingga 60%, dan dijangka akan naik lagi 35–40% pada suku ketiga.

Keadaan ini berlaku kerana pengeluar utama seperti Samsung, SK Hynix dan Micron mengalihkan kapasiti wafer kepada pengeluaran high-bandwidth memory (HBM) untuk pusat data AI, yang menawarkan margin keuntungan lebih tinggi.

Akibatnya, bekalan DRAM pengguna menjadi semakin terhad.

Walaupun komputer moden jarang menggunakan DDR2, banyak sistem terbenam, peralatan industri dan rangkaian masih bergantung kepada standard lama ini.

Kekurangan bekalan memaksa pengeluar perkakasan menurunkan spesifikasi daripada DDR4 ke DDR3, malah ke DDR2, demi memastikan kesinambungan produk.

Syarikat seperti GoPro turut memberi amaran apabila kos memori meningkat sehingga 115%, manakala harga PC dan telefon pintar dijangka naik 10–20% menjelang akhir tahun.

Prospek pemulihan hanya dijangka dalam jangka panjang. SK Hynix merancang menggandakan kapasiti wafer dalam lima tahun, manakala Micron menambah fasiliti baharu sekitar 2027–2028.

Krisis ini menunjukkan bagaimana permintaan AI telah mengganggu rantaian bekalan global, sehingga komponen lama yang dianggap murah kini menjadi rebutan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Selepas RAM Dan Storan, Harga CPU Pula Dijangka Meningkat
  • Pengguna Windows 11 Kini Disaran Muatkan 32 GB RAM Ke Dalam PC
  • DRAM China Jadi Harapan Baharu Selesaikan Krisis Harga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY