Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Apple Pay Malaysia_

Apple Pay Kini Tersedia Untuk Kad Kredit CIMB, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Julai 21, 2026 ยท Dikemas kini Julai 21, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas sekian lama dinantikan pengguna, CIMB akhirnya mula menawarkan sokongan Apple Pay di Malaysia untuk pemegang kad kredit dan kad kredit Islamik (Credit Card/-i). Dengan sokongan ini, pengguna kini boleh menambah kad CIMB ke Apple Wallet dan membuat pembayaran menggunakan peranti Apple.

Sebelum ini, pengguna CIMB yang menggunakan ekosistem Apple masih belum mempunyai pilihan untuk menghubungkan kad mereka dengan Apple Pay. Kehadiran sokongan ini membuka lebih banyak pilihan pembayaran digital, khususnya untuk transaksi tanpa sentuh.

Dengan Apple Pay, pengguna boleh membuat pembayaran di kedai fizikal yang menyokong pembayaran tanpa sentuh, selain menggunakannya untuk transaksi dalam aplikasi serta pembelian dalam talian yang menawarkan pilihan Apple Pay.

Bagi yang belum biasa, Apple Pay ialah ciri pembayaran digital dalam Apple Wallet yang membolehkan pengguna menyimpan kad pembayaran secara selamat pada peranti Apple. Setiap transaksi perlu disahkan menggunakan ciri keselamatan terbina dalam seperti Face ID, Touch ID atau kod laluan sebelum pembayaran diproses.

Kebanyakan kad kredit/-i CIMB kini boleh digunakan dengan Apple Pay, namun beberapa kad masih tidak disokong termasuk CIMB Petronas Visa Infinite-i dan CIMB Petronas Platinum-i. Kad CIMB Platinum Business, Fuel Tanker Card serta kad debit CIMB juga tidak disokong pada Apple Wallet buat masa ini.

Cara tambah kad kredit CIMB ke Apple Pay

Pengguna boleh menambah kad kredit CIMB/-i ke Apple Pay melalui aplikasi CIMB OCTO atau terus melalui aplikasi Apple Wallet.

Melalui aplikasi CIMB OCTO, pengguna hanya perlu membuka aplikasi tersebut, memilih kad kredit yang ingin digunakan, kemudian menekan pilihan “Add to Apple Wallet” dan mengikuti arahan pengesahan yang dipaparkan.

CIMB Apple Pay Malaysia_04

Bagi kaedah melalui Apple Wallet pula, pengguna perlu membuka aplikasi tersebut pada iPhone, menekan butang tambah (+), memilih pilihan kad kredit dan melengkapkan proses yang diberikan.

CIMB Apple Pay Malaysia_05

Selepas berjaya ditambah, kad kredit CIMB/-i boleh digunakan pada peranti Apple yang disokong. Satu kad yang sama boleh digunakan pada sehingga lima peranti Apple, namun perlu ditambah secara berasingan pada setiap peranti termasuk Apple Watch.

Cashback sehingga RM118 untuk pengguna Apple Pay

Sempena pengenalan Apple Pay, CIMB turut menawarkan kempen pulangan tunai sehingga RM118 kepada pengguna yang membuat transaksi menggunakan Apple Pay dengan kad kredit/-i CIMB yang layak.

Kempen tersebut berlangsung dari 21 Julai hingga 14 September 2026 dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.

Walaupun kad debit CIMB masih belum disokong, kehadiran sokongan kad kredit ini tetap menjadi perkembangan positif buat pengguna, terutama selepas penantian yang agak lama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi CIMB Malaysia.

Berkaitan

  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Cara 'Remove' Akses CIMB OCTO Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kad Debit AmBank Kini Sokong Apple Pay - Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY